Urban Gardener – Tips dan panduan tanam cili

Ini adalah tips dan petua untuk tanam cili atau cabai kata orang kita.
Mula-mula, macam biasa la..sediakan biji benih dulu.

Cara menyediakan biji benih Cili
Untuk mencambahkan biji benih cili adalah tidak sukar. Bagi mendapatkan kadar kejayaan yang tinggi, rendam benih cili dalam air suam semalaman. Biji benih boleh dibeli dikedai atau anda boleh sediakan sendiri dengan mengeringkan biji cili yang ada didapur rumah anda.

Penanaman Benih Cili
Tanam benih cili didalam pot kecil untuk pencambahan. Sebaiknya pot tersebut diisi dengan sabut kelapa dan kompos untuk mengekalkan kelembapan tanah tetapi jangan terlalu basah kerana ia akan merosakkan benih cili. Biji benih cili juga perlukan panas dari cahaya matahari untuk bercambah iaitu sekitar 26-32 darjah selsius.

Percambahan mengambil masa antara dua hingga empat minggu dan kadang kala lebih lama, jadi …jangan terlalu bimbang jika benih anda tidak bercambah serta-merta atau jika hanya sebahagian daripada nya bercambah.

cili

Empat hingga enam minggu selepas percambahan, anak-anak cili boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar dengan berhati-hati. Pastikan anda tidak merosakkan terlalu banyak akar pokok.

Pokok cili sukakan matahari dan suhu yang sedikit panas untuk tumbuh dengan baik. Pastikan anak cili anda tidak berada di tempat terlalu tertutup.

Pembajaan juga perlu dilakukan 2 minggu sekali mengikut arahan sukatan baja yang anda gunakan.

Menggalakkan pengeluaran buah cili.
Pokok cili akan menghasilkan bunga dan berbuah dipangkal ranting. Oleh itu, jika anda inginkan pokok rimbun dengan buah cili, cara terbaik adalah menambah pangkal ranting.

 

cili2

Disebabkan pokok cili sentiasa tumbuh tegak keatas, anda boleh terbalikkan pasu ke satu bahagian sehingga tumbuh pucuk baru disetiap pangkal ranting. Kemudiannya, terbalikkan ke bahagian yang lain pula. Apabila setiap bahagian batang pokok sudah tumbuh tunas baru, barulah tegakkan semula pokok cili dan biarkan ia berbunga dan berbuah.

Semoga berjaya.

You may also like...