Bagaimana rupa Apple Store tiruan di China

China memang terkenal dengan barangan tiruan. Tapi bagaimana dengan sampai seluruh stor adalah tiruan?

Di bandar Shenzhen yang terletak di selatan China terdapat lebih daripada 30 Apple Store tetapi daripada 30 Apple Store tersebut, cuma 1 Apple Store yang asli dikawasan tersebut. Yang lain adalah Apple Store tiruan.

applestorechina3

Walaupun kedai tiruan tapi, ia sebenarnya masih menjual barangan Apple yang asli. Cuma kedai saja yang tiru betul-betul seperti Apple Store sebenar. Dengan paparan Apple Store dan kakitangan jualan memakai T-shirt biru dengan logo Apple putih. Ipad, Iphone, Apple Watch dan Macbook tersusun di atas meja kayu yang hampir sama seperti sebuah kedai Apple sebenar.

applestorechina5

Permukaan di kedai tiruan ini kelihatan seperti di Apple Store.

applestorechina4

Ada satu kawasan untuk mencuba produk Apple baru.

applestorechina6

Dan kakitangan yang ramah dan sedia membantu seperti pekerja Apple sebenar.

applestorechina1

Akhirnya pegawai perdagangan China menjalankan siasatan rasmi, dan mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 palsu Apple Kedai-kedai di bandar yang sama.

Setelah disiasat oleh pegawai penguatkuasa, kedai-kedai tiruan ini biasanya akan ditutup tetapi akan muncul kembali setiap kali muncul produk baru Apple seperti iPhone 6S. Sesetengah pekerja di kedai-kedai tiruan di Shenzhen memberitahu yang mereka telah membeli iPhone 6S dan 6S Plus dari Amerika Syarikat dan Hong Kong serta China, dan menyeludup masuk ke China.

Di China, mereka boleh menjual pada harga hampir dua kali ganda untuk mereka yang tidak sabar menunggu Iphone 6S dan 6S Plus sampai di Apple Store sebenar.

You may also like...