Universiti Malaya (UM) berada di Top 150 di dalam QS Ranking Universiti Dunia 2015/2016

Universiti Malaysia (UM) masih mengekalkan kedudukan sebagai universiti No.1 di Malaysia apabila berada di kedudukan ke 146 dalam QS ranking dunia 2015/2016. Ini diikuti USM pada kedudukan 289, UTM (303), UKM (312) dan UPM (331).

ranking201516

Walau bagaimanapun, universiti di Malaysia agak cemerlang dalam bidang teknikal dan sains sosial dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia berada di kalangan 100 terbaik dunia dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi dan UM dan USM di antara 100 terbaik dalam bidang Sains Sosial dan Pengurusan.

QS Ranking Universiti Dunia adalah merupakan jadual liga tahunan universiti terbaik di dunia dengan jumlah keseluruhan universiti yang tersenarai adalah sebanyak 891 universiti pada tahun ini.

Kedudukan universiti ditentu berdasarkan kepada empat tonggak utama iaitu penyelidikan, pengajaran, dan internasionalisasi dan metodologi yang terdiri daripada enam penunjuk: reputasi akademik (40%), reputasi majikan (10%), nisbah pelajar fakulti (20%) , petikan setiap fakulti (20%), pelajar antarabangsa (5%), dan fakulti antarabangsa (5%).

Dikalangan Negara Asia, dua universiti Singapura mengungguli 2 tempat teratas dan berada Top 15 dalam QS World University Rankings 2015/16.
The National University of Singapore adalah terbaik di Asia pada kedudukan ke 12 dan sementara itu Universiti Teknologi Nanyang di tempat ke-13. Universiti Malaya pula berada di tempat ke 30 Asia.

Sementara itu, The Massachusetts Institute of Technology mengungguli kedudukan tahun ini diikuti oleh Universiti Harvard di tempat kedua .Universiti Cambridge dan Stanford University berada di tempat ketiga, California Institute of Technology di tempat kelima, Universiti Oxford (keenam), University College London (ketujuh ), Imperial College London (kelapan), Swiss Federal Institute of Technology (kesembilan) dan University of Chicago pada ke-10.

ranking top10

Berikut adalah kedudukan university-universiti Malaysia sejak 2011 hingga 2015.

rank-history

You may also like...