Harga iPhone 6S dan 6S Plus di Malaysia dan bandingan harga Maxis dan Digi

Iphone 6S dan 6S Plus akan mula berada dipasaran Malaysia bermula dari 16 Oktober ini.

Maxis dan Digi sudah mula mengambil pra-pesanan pada yang berminat dengan Maxis menjanjikan penghantaran dalam masa 24 jam diseluruh Malaysia.

Pada setiap tahun harga Iphone yang baru dilancarkan adalah hampir tidak berubah tetapi pada tahun ini agak berbeza dan menarik kerana kedudukan ringgit yang lemah. Ramai yang menjangkakan harga Iphone 6S dan 6S Plus di Malaysia bakal melambung tinggi dan mungkin menghampiri harga Macbook!!

Walaupun laman web Apple Malaysia masih belum mendedahkan harga sebenar yang 6s iPhone dan iPhone 6s Plus
Maxis telah mengumumkan harga terlebih dahulu.

Menurut laman web Maxis,

iPhone 6S 16GB : RM3,099
iPhone 6S 64GB : RM3,599
iPhone 6S 128GB : RM4,099

Sementara itu, untuk iPhone 6s Plus, harganya RM400~RM500 lebih mahal;

iPhone 6s Plus 16GB : RM3,599
iPhone 6s Plus 64GB : RM4,099
iPhone 6s Plus 128GB : RM4,499

Anehnya Digi meletakkan pada kadar harga yang berbeza berbanding Maxis iaitu RM100 lebih mahal;

iPhone 6S 16GB : RM3,199
iPhone 6S 64GB : RM3,699
iPhone 6S 128GB : RM4,199

iPhone 6s Plus 16GB : RM3,699
iPhone 6s Plus 64GB : RM4,199
iPhone 6s Plus 128GB : RM4,699

Digi

Sungguhpun begitu, Digi kini menawarkan iPhone 6s 16GB dengan harga serendah RM1,152 selepas rebat bagi pakej paling mahal iaitu SmartPlan 238 dan RM2,760 selepas rebat bagi pakej paling murah, SmartPlan 50 untuk telefon yang sama.

Harga DiGi untuk iPhone 6s Plus 16GB akan menjadi RM1,577 dan RM3,185 bagi SmartPlan 238 dan SmartPlan 50 masing-masing.

iphoneMaxis

Sementara itu, Maxis kini menawarkan iPhone 6s 16GB dengan harga serendah RM1,260 selepas rebat apabila anda melanggan pelan iValue 3 (RM250) atau RM2,160 untuk pelan iValue 1 (RM100).
Bagi iPhone 6s Plus 16GB, harga Maxis bermula dari RM1,685 dengan pelan iValue 3 dan RM2,415 untuk telefon yang sama dengan pelan iValue 1.

Kedua-dua Maxis dan Digi membuka pra-pesanan dari sekarang hingga 15 Oktober dengan menjanjikan bahawa mereka akan menerima telefon mereka pada tengah malam pada 16 Oktober apabila iPhone baru dijadualkan akan dikeluarkan. Walaupun begitu Digi menghadkan penghantaran tengah malam untuk 300 pelanggan pertama sahaja.

You may also like...