Apple Ring – Idea inovasi terkini dari Apple

MoS2 Template Master

Kegilaan baru dari Apple adalah Cincin Pintar. Permohonan paten untuk cincin pintar ini telah diterbitkan beberapa hari lepas. Di dalam paten tersebut, ia menggambarkan cincin pintar yang boleh berinteraktif dengan peranti Apple yang lain seperti iPhone. Ia juga mempunyai touchpad atau skrin sentuh dan kemungkinan besar mempunyai fungsi maklum balas haptik kepada pemakainya apabila terdapat sesuatu yang telah berlaku.

Atau…mungkin juga Cincin pintar itu dapat mengesan apa yang pemakainya tulis dengan gerakan tangan atau jari dan mengubahnya kepada mesej teks atau nota.

applepaten2

Perlu diingat bahawa ini adalah hanya satu permohonan paten, yang tidak menonjolkan sebarang rancangan sebenar Apple. Banyak daripada paten Apple sebelum ini masih tidak berada dipasaran.

Menurut Apple, penggunaan skrin sentuh pada masa sekarang adalah “mungkin rumit, tidak sesuai, atau tidak cukup cekap untuk tugas-tugas dan aplikasi tertentu.” Ia menunjukkan bahawa cincin pintar akan mempunyai beberapa inovasi terkini skrin sentuh yang lebih cekap, atau lebih ergonomik untuk berinteraksi.

applepaten2

Ataupun..ia sekadar mengalihkan perhatian competitor seperti Samsung supaya berusaha meniru idea yang sama dan memasarkan cincin pintar lebih dahulu dari mereka. Apple kemudiannya dapat mengkaji kelemahan dan pasaran sebelum menghasilkan produk mereka sendiri yang lebih hebat.

You may also like...