5 sebab kenapa HYPERLOOP lebih baik dari bullet train
5 Sebab kenapa Hyperloop lebih baik dari bullet train.
1)Hyperloop adalah jauh lebih pantas
Hyperloop merupakan satu mod pengangkutan yang melancarkan pod berisi penumpang menerusi tiub vakum seperti sebuah peluru. Ia mampu mencapai kelajuan 500 batu sejam(~800 km/j). Secara mudahnya ia mampu membawa penumpang dari San Francisco ke LA, hanya dalam 30 minit.
Manakala, bullet train atau kereta api peluru pula hanya mampu mencapai 150 batu sejam dan membawa orang-orang di antara Los Angeles dan Las Vegas dalam masa 80 minit.
Sebagai perbandingan, memandu di antara San Francisco dan LA pula mengambil masa enam hingga lapan jam, bergantung kepada lalu lintas.
2) Hyperloop adalah lebih murah
Dijangkakan penumpang Hyperloop dari LA ke San Francisco hanya perlu membayar $ 30 untuk perjalanan satu arah, dan $ 60 untuk tiket pergi-balik. Manakala harga purata tiket keretapi laju untuk perjalanan antara LA dan Las Vegas pula adalah sekitar $ 89 pergi-balik.
Perjalanan pesawat dari LA ke Las Vegas pula berkisar diantara $ 71 hingga $ 150 untuk perjalanan pergi-balik dan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Adalah jelas, Hyperloop adalah lebih pantas dan lebih murah juga.
3) Hyperloop akan datang dengan lebih kerap
Pod Hyperloop dijangkakan akan tiba setiap 30 hingga 120 saat.
Secara bandingan, kereta api peluru XPressWest yang akan dibina di dalam atau bersebelahan dengan lebuh raya I-15 California akan tiba setiap 20 minit pada waktu puncak.
4) Hyperloop boleh menjadi lebih murah untuk dibina
Pada peringkat awal pelancaran Hyperloop, Elon Musk menjangkakan kos projek Hyperloop dari Los Angeles ke San Francisco adalah sekitar $6 bilion. Walau bagaimanapun taksiran terkini menjangka kos sekitar $16 bilion.
Manakala jangkaan kos untuk projek keretapi peluru pula adalah sekitar $12 bilion.
Secara perbandingan, perbezaan kos Hyperloop mungkin lebih tinggi tetapi kelebihan dari segi kelajuan dan kekerapan perjalanan meletakkan Hyperloop jauh lebih murah pada jangkamasa panjang.
5) Hyperloop adalah teknologi masa depan.
Teknologi keretapi peluru adalah perkara masa lepas dengan tahap kelajuan yang hampir kekemuncak. Melebihi kelajuan 330 batu sejam adalah impian tak tercapai. Mara ke hadapan dengan teknologi terkini yang lebih pantas adalah lebih hebat dan menarik.
Recent Comments