Hebat! Pixel Buds dari Google mampu terjemah percakapan antara serta merta!

Google baru saja melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Pixel 2. Apa yang lebih menarik semasa pelancaran Pixel 2 adalah apabila Google memperkenalkan Pixel Buds. Pixel Buds adalah merupakan earphone wireless yang apabila disambungkan pada Pixel 2 mampu menterjemahkan perbualan penggunanya sehingga 40 bahasa berbeza secara serta merta. Hebatkan? Betul-betul seperti cerita sains fiksyen.

Semasa memperkenalkan Pixel Buds, seorang pekerja Google telah naik ke pentas dan mula bercakap kepada penyampai dalam bahasa Sweden.
Pixel 2 kemudian telah serta merta menterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan disampaikan kepada pihak penyampai.

Untuk lebih menakjubkan lagi, penyampai tersebut kemudian menjawab dalam Bahasa Ingeris dan Pixel 2 telah menterjemah semula ke Bahasa Sweden
ke telinga beliau melalui Pixel Buds hampir serta-merta.

Sungguh hebat tetapi apa yang mengecewakan adalah Pixel Buds cuma dapat berfungsi jika digunakan bersama Pixel 2. Kalau telefon lain…tak dapat la terjemahan serta merta tu.

Satu lagi berita sedih adalah harganya.. $159 jika akan mahu memiliki Pixel Buds ni.

You may also like...