Windows 10 PC yang hanya sebesar pen drive

ARCHOS telah mengumumkan HDMI dongle yang menggunakan Windows 10 dan boleh didapati pada akhir Julai dengan harga cuma USD 99 (sekitar RM370) .

PC ini dinamakan, ARCHOS PC Stick dan boleh digunakan dengan mana-mana peranti dengan port HDMI (monitor, TV, projektor) dan pada asasnya adalah tablet tanpa kamera, bateri atau paparan.

Tidak mengejutkan kerana ia diperkuatkan dengan Intel Atom CPU, yang biasa digunakan didalam Windows tablet seperti Linx 7.

Ia juga mempunyai 2GB RAM, 32GB internal storage dan memiliki slot microSD, Wi-Fi, Bluetooth 4.0, USB dan port mikro USB.

archos-pc-stick-970-80

ARCHOS PC Stick ini akan di pramuat dengan Word Mobile, Excel dan PowerPoint Mobile Mobile yang merupakan kali pertama kita mendengar tentang skim ini.

Sampai Malaysia, kena try ni.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *