Urban Gardener – Tips Tanaman Sawi

Nak tanam sawi ni agak senang. Tapi memerlukan air dan baja yang mencukupi kalau nak dapatkan daun sawi yg subur.
Cahaya matahari yang banyak juga adalah sangat penting. Kalau tanam kat temput redup je..susah la nak dapat daun besar-besar.

kebun-sayur tanam sawi

Bawah ni sekadar info biasa yang boleh dikongsi..

Penanaman

– Sawi sesuai ditanam pada pelbagai jenis tanah dengan kelembapan yang sederhana.
– Suhu yang paling sesuai antara 25 dan 35ºC.
– Tanah digembur dan ditambah dengan kompos dan baja organik. Paling bagus baja tahi arnab.
– Tanam sawi dengan biji benih dan boleh ditanam terus ke tanah semaian.Kalau nak jarakkan, biar setelah 1-2minggu.

Pengairan

– Sawi perlu disiram dua kali sehari pagi dan petang.

Pembajaan

– Baja organik semasa semaian cukup untuk pertumbuhan awal anak pokok.
– Kemudian, baja setiap 2 minggu. Baja najis arnab adalah yang terbaik.

Kawalan rumpai

– Batas tanaman perlu sentiasa dibersihkan daripada rumpai sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Perosak dan penyakit

– Antara penyakit yang biasa menyerang sawi ialah reput daun, bintik daun dan reput lembut.
– Ulat ratus, ulat pangkas dan kumbang lenting adalah antara perosak yang mudah ditemui pada pokok sawi.
– Racun organik campuran cili padi, bawang putih, pudina, serai wangi, daun kesum dan beberapa repellent yang lain boleh membantu mengurangkan serangan perosak dan penyakit sawi.

Penuaian

– Sawi boleh mula dituai selepas 27 hingga 30 hari ditanam.

Selamat berjaya!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *