Tiada lagi Selfie stick di Disneyland dan Walt Disney World

Jika anda ingin melawat Disneyland atau Walt Disney World pada musim panas ini lebih baik anda tinggalkan selfie stick anda di rumah. Kenapa? Kerana ia telah secara rasmi diharamkan penggunaannnya di Disneyland dan Walt Disney World.

“Kami berusaha untuk menyediakan satu pengalaman yang hebat untuk seluruh keluarga, dan malangnya mengambil gambar selfie dengan selfie stick telah menjadi kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat untuk kedua-dua tetamu dan watak kami,” kata jurucakap Disney World Kim Prunty pada Orlando Sentinel.

selfie-stick-disneyland

Masalah keselamatan ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sesetengah pengunjung yang menggunakan selfie stick semasa menaiki ride dan tidak menyenangkan ramai pengunjung lain.

Disneyland Paris dan Hong Kong juga dijangka akan mengambil langkah yang sama pada Julai nanti.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This website stores cookies on your computer. These cookies are used to provide a more personalized experience and to track your whereabouts around our website in compliance with the European General Data Protection Regulation. If you decide to to opt-out of any future tracking, a cookie will be setup in your browser to remember this choice for one year.

Accept or Deny