Boeing 777x terbaru dengan sayap boleh lipat

Di Pertunjukan Udara Dubai tahun ini, syarikat Boeing mengumumkan pesawat terkini mereka, Boeing 777x. Ia memiliki ciri-ciri yang istimewa iaitu sayapnya boleh dilipat ketika mendarat dan sangat menjimatkan bahan api walaupun ia bakal menjadi pesawat dua enjin komersil terbesar didunia. Sayap yang boleh dilipat ialah untuk membolehkan pendaratan mudah di lapangan terbang konvensional sepertimana pesawat dengan wingspans lebih kecil.

Pesawat tersebut adalah berdasarkan kepada Boeing 777 dengan sayap yang berdasarkan 787 Dreamliner yang mempunyai jumlah lebar sayap 71m. Boeing 777x bakal menggunakan enjin GE9X baru, yang dibuat oleh GE Aviation. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Ray Conner, “Kapal terbang ini akan menjimatkan bahan api sebanyak 12 peratus berbanding mana-mana kapal terbang yang sama kelas dengannya.”

Syarikat itu berkata mereka telah menerima 342 tempahan untuk 777x baru.  Boeing 777x ini akan dikeluarkan dengan dua model – yang 777-9x dan 777-8x. Boeing 777-9x adalah lebih kecil dan untuk penerbangan lebih dekat iaitu kira-kira 15.185 km tetapi akan mempunyai kos operasi yang paling rendah bagi setiap kerusi berbanding mana-mana pesawat komersial, manakala 777-8x pula untuk penerbangan lebih jauh iaitu kira-kira 17.220 km.

boeing-777-9x-and-8x boeing-777x-folding-wing boeing-777x-GE-aviation

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *