Tesla Model 3 yang hebat. Pre Order cecah 325,000 dalam seminggu

Tesla telah melancarkan Tesla Model 3 secara besar-besaran di Los Angeles pada 31 Mac 2016 yang lepas. Tesla Model 3 ini agak lebih kecil daripada Model S dan Model X dan bakal berada dipasaran pada tahun 2017.

gallery-1459487318-model-3-unveil

Tesla yang turut diperkatakan sebagai “Apple” untuk industri kereta sentiasa mengejutkan orang ramai dengan rekabentuk minimalist and inovatif.

bi_graphics_tesla-model-3-annotationKeunikan Tesla Model 3

Rekabentuk unik pada Tesla Model 3 ini berjaya membuat orang ramai beratur diluar Tesla Store untuk membuat tempahan dengan jumlah pre-order yang menakjubkan iaitu 325 000 tempahan dalam seminggu dengan setiap tempahan perlu membayar fee USD 1000. Ini mengingatkan kita kepada pelancaran Iphone oleh Apple yang sentiasa membuat orang beratur panjang.

buyers-waiting-to-reserve-model-3-electric-car-tesla-store-santa-barbara-ca-photo-david-noland_100551115_mOrang ramai beratur di luar Tesla store untuk membuat tempahan

Tesla Model 3 yang merupakan kereta elektrik model terbaru dari Tesla ini dijual pada harga cuma USD 35,000 (iaitu kira-kira RM140,000) iaitu jauh lebih rendah dari harga kereta elektrik yang biasa berada dipasaran. Harga tersebut tidak termasuk insentif dari kerajaan. Selepas insentif, dijangkakan harga sebenar adalah lebih rendah.

tesla model3-1

Menurut Elon Musk, Tesla Model 3 boleh dipandu sejauh 215 batu untuk sekali cas, memenuhi kriteria keselamatan lima bintang di setiap kategori, dan datang berserta standard supercas. Musk turut berjanji untuk menggandakan kemampuan supercas pada tahun depan. Tesla Model 3 ini juga mampu memecut 0-100km/j dalam masa kurang dari 6 saat.

“Pada Tesla, kami tidak membuat kereta perlahan,” kata Elon Musk lagi.

 

You may also like...