Punca Air Asia QZ8501 terhempas akhirnya terjawab

airasia030256598-1

Menurut laporan pertama yang dikeluarkan setelah siasatan kotak hitam selama setahun, faktor utama pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas adalah disebabkan oleh pematerian satu komponen yang mengawal sistem alat kemudi didapati retak dan rosak. Ini menyebabkan sistem tersebut telah menghantar empat isyarat amaran kepada juruterbang.

Anak kapal kemudiannya cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menetap semula komputer. Tindakan ini menyebabkan autopilot menjadi tidak aktif dan mereka kemudiannya hilang kawalan pesawat.

Hasil siasatan ini sekaligus mengesahkan bahawa punca utama kemalangan bukan disebabkan oleh cuaca buruk seperti jangkaan awal.

AirAsia kini mempunyai banyak soalan untuk dijawab tentang mengapa pesawat bermasaalah dibenarkan terbang dan mengapa juruterbang tidak cukup terlebih untuk menangani masalah seperti ini.

You may also like...