Pesawat Solar Impulse 2 berlepas untuk merentas Lautan Pasifik

Solar Impulse 2 akhirnya berlepas dari Jepun awal Isnin dalam percubaan untuk terbang merentas Lautan Pasifik yang mengambil masa penerbangan selama lima hari di laut terbuka ke Hawaii. Ini merupakan siri ke-8 dalam percubaannya untuk terbang mengelilingi dunia tanpa bahan api.

solarimpulse2-japan

Solar Impulse 2 berlepas pada 03:03 waktu tempatan selepas terpaksa menunggu di Jepun hampir lebih sebulan disebabkan oleh cuaca yang kurang baik. Penerbangan ke Hawaii, yang merupakan perjalanan paling lama setakat ini, adalah berisiko tinggi kerana terdapat sedikit saja tempat mendarat jika berlaku kecemasan.Ditambah pula, ia bakal diterbangkan secara solo oleh Juruterbang Switzerland Andre Borschberg.

Pesawat solar dan siri penerbangan ini yang bermula di Abu Dhabi pada 9 Mac, mempunyai lebih daripada 17,000 sel solar pada sayapnya yang digunakan untuk mengecas baterinya. Dari Hawaii, ia akan terus ke Phoenix, kemudian terbang merentas Amerika Syarikat dan lautan Atlantik ke Eropah atau Afrika Utara sebelum kembali ke Abu Dhabi.

solar-impulse-2

Mengikut jadual asal, Borschberg sepatutnya meninggalkan Nanjing, China, untuk Hawaii pada 31 Mei, tetapi terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Nagoya pada 1 Jun kerana cuaca sejuk yang mengancam perjalanan. Selepas pembaikan sayap, beliau dan ahli-ahli pasukan menunggu di Nagoya sehingga keadaan cuaca yang baik untuk meneruskan perjalanan.

si2-vs-jumbo-jet-width-wingspan

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *