DYSON bakal hasilkan kereta elektrik menjelang 2020

Kompeni besar seperti Apple dan Google sudah mula mengalah dalam membangunkan kereta mereka sendiri kereta kerana tahap kesukarannya. Tetapi CEO Dyson, Max Conze mempunyai pendapat yang berbeza apabila mula bercita-cita melompat dari sekadar menghasilkan vakum kepada menghasilkan kenderaan elektrik menjelang 2020.

Walaupun ramai berpendapat yang Dyson sepatutnya memberi fokus untuk membekalkan bateri untuk pembuat kereta elektrik kerana kepakaran yang sudah mereka miliki dalam teknologi bateri untuk peralatan rumah tetapi Conze merasakan ia tidak mencukupi untuk memuaskan hatinya kerana baginya kompeni besar seperti Dyson sepatutnya mengutamakan sesuatu yang besar juga.

Dyson juga tidak berminat untuk menjadi rakan kongsi. “Kami mahu melakukannya sendiri dan dengan cara kita sendiri,”kata Conze. Bagi merealisasikan impiannya, Dyson telah mengupah seramai 400 jurutera dan melabur sebanyakd £2 bilion untuk projek kereta tersebut. Sungguhpun begitu, nilai tersebut dikira masih kecil berbanding syarikat seperti Daimler dan Tesla yang sudah melaburkan lebih $10 bilion dalam teknologi kereta elektrik.

Menurut Conze lagi, keutamaannya adalah meningkatkan jarak pemanduan kenderaan elektrik untuk setiap kali caj. Kebanyakkan model sekarang mampu pergi sehingga 100 batu untuk sekali cas. Mungkin benchmark Dyson yang sepatutnya adalah Tesla yang mampu menghasilkan kereta dengan jarak pemanduan sehingga 315 batu.

You may also like...