Supercar Cetakan 3D Pertama di Dunia
Cetakan 3-D terus menghasilkan produk mengagumkan dan yang terkini adalah propotaip Supercar yang bernama “Blade”. Ianya telah direka dan dihasilkan oleh Divergent Microfactories dari US.
Blade mempunyai dua kali ganda nisbah kuasa-ke-berat berbanding Bugatti Veyron. Dengan berat dibawah 1400pound, ini bermakna beratnya kurang hampir 90% berbanding kereta normal dan juga 30 peratus daripada kereta elektrik.
Blade berkeupayaan untuk memecut 0-100km/j hanya dalam masa 2.2 saat dan dengan enjin 700hp, ia boleh menggunakan gas asli termampat atau petrol sebagai bahan api. Ini menjadikannya antara kereta paling mesra alam.
Supercar cetakan 3D ini juga telah dicipta dengan teknologi yang unik yang dikenali sebagai “Node” yang mana melibatkan cetakan 3D pada aluminium untuk menghasilkan penyambung yang menghubungkan kepingan tiub gentian karbon untuk membantu menghasilkan chasis, dan termasuklah kerangka enjin, drive shaft, transmission dan suspension.
Jika semua berjalan mengikut perancangan, Divergent Microfactories berkata mereka berharap untuk menghasilkan 10,000 chasis cetakan 3D setiap tahun.
Recent Comments