Projek naiktaraf Lebuhraya Bukit Jalil dan laluan masuk ke Pavillion Bukit Jalil

Kalau anda memandu di Lebuhraya Bukit Jalil sekarang, bermula dari depan Pavillion Bukit Jalil yang sedang dibina sehingga persimpangan Jalan Jalil Perkasa didepan stesen minyak Petronas/Shell dan Taman Rekreasi Bukit Jalil, terdapat projek naiktaraf yang sedang menyebabkan keadaan trafik yang teruk terutama pada waktu pagi. Ianya sebenarnya adalah projek “Cadangan Penyuraian Trafik di Bukit Jalil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”. Tempoh keseluruhan kontrak adalah dari 1 Februari 2015 sehingga 31 Januari 2017 iaitu selama 104 minggu.

LBJ-pavillion

*Kelihatan jalan masuk dari arah Puchong / Bandar Kinrara ke Pavillion Bukit Jalil dan pusingan U ke Pavillion dari arah KL.

Pelaksanaan projek ini merangkumi :
1)Menaiktaraf Lebuhraya Bukit Jalil – Puchong daripada dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala sepanjang anggaran 2.5km.
2)Pembinaan dua jejambat pusingan-U iaitu jejambat pusingan-U ke Kuala Lumpur dan jejambat pusingan-U ke Puchong.
3)Membina jejambat sepanjang 600m di persimpangan Jalan Jalil Perkasa 1 / Lebuhraya Bukit Jalil – Puchong.
4)Menaiktaraf berlampu isyarat di persimpangan Jalan Jalil Perkasa 1 / Lebuhraya Bukit Jalil – Puchong.
5)Menaiktaraf sistem perparitan.
6)Penyediaan lampu jalan, perabot jalan dan landskap.

Setelah siap kelak, ianya dijangka akan dapat melicinkan penyuraian lalulintas memandangkan kepesatan pembangunan di kawasan tersebut.

Sabar je lah nak kena tunggu sampai 2017.

You may also like...