Pengalaman & Rahsia Shopping di Chilindo – Not SCAM but..

Pertama kali saya tahu pasal Chilindo ni adalah apabila keluar iklan Chilindo di FB. Keluar iklan Pool table start bid dari RM0.10… tu dia..murah yang amat. Sekali tengok dah tau tak boleh percaya dapat harga macam tu. Haha.

Try download app..register akaun..lepas tu cari balik auction untuk Pool Table macam jumpa di iklan FB.

First time bid.. letak RM10 je…pastu biar je kena outbid sampai habis auction..saja nak tengok maximum price je. Dia bagi time 15 seconds untuk orang lain outbid harga kita. Bila dah habis auction, rupanya Chilindo ni akan refresh balik bidding process. Ingatkan bidding macam Ebay..rupanya tak. Final bidding untuk Pool table ni end pada harga RM198.50.

2nd time bidding, try bid pada harga RM10 jugak..dan bidding end pada harga yang sama iaitu RM198.50… 3rd time pun sama..4th time..5th time….pun sama.

Try pulak bid barang lain..iaitu Angle Grinder. Perkara yang sama berlaku. End bidding akan habis pada harga yang sama iaitu RM45.50. Ulang la bidding berapa kali pun..akan end pada harga yang sama.

Jadi.. konfem la yang process bidding di Chilindo ni sebenarnya dilakukan oleh robot. Minimum harga dah fix oleh Chilindo. Tak mungkin akan dapat harga lagi rendah dari minimum harga yang ditetapkan oleh Chilindo. Macamana nak tau anda sedang lawan bidding dengan orang atau robot?? Senang saja…
Kalau nama orang betul…nama ada satu perkataan saja tapi kalau robot, nama akan ada dua perkataan dengan titik ditengah. Contohnya : ali.abu , ah.kaw, mutu.samy

Disebabkan nak experience juga beli barang di Chilindo ni, aku try bidding “Pool table” pada harga RM198.50… dan seperti dijangka..memang aku menang auction. Semudah tu je..sekali bid terus menang.

Next, lepas menang.. Chilindo list out 3 cara payment – COD, Credit/Debit Card dan Bank Transfer. Aku pilih COD sebab tak berapa yakin dengan servis Chilindo ni lagi. Dah pilih COD, barang tu terus listed kat CART. Disebabkan aku beli barang harga lebih RM70..dapat la periuk frying pan Le Cuisson secara percuma. Dah bagi free..ambik je la.
Shipping cost pulak fix RM6 tapi kalau payment COD..kena charge extra RM2. Jadi, total RM8.
Satu benda aku tak perasan masa bid, kat summary product, ada delivery surcharge RM20 dan harga tak include 10% service charge. Cissss…kena “pau” jugak extra dekat RM40.

Yang peliknya bila check kat “Order” tab, Chilindo asingkan shipping diantara “Pool table” dan free gift “Frying Pan”. Tapi..takde extra charge… Ok la.

Order malam 6 Julai.. barang free gift sampai dulu pada 8 Julai. Chilindo ni guna servis DHL. Boleh tahan..
Lepas tu 10 July baru terima “Pool table”.

Dua-dua barang sampai dalam keadaan yang baik walaupun kotak agak barai.

Bila tengok balik barang listed di Chilindo, memang agak limited tapi kebanyakannya harga agak murah compare dengan Shopee atau Lazada. Mungkin sebab Chilindo ni bawak masuk sendiri barang2 terus dari China.

Kesimpulannya..Chilindo ni boleh dipercayai ..bukan scam tapi TAK JUJUR tentang bidding proses dia sebab kesemuanya guna robot untuk control minimum price. Selain daripada tu kena sentiasa ingat yang harga yang anda bid tak termasuk 10% service charge.

Sekian!

You may also like...