Mengapa logo Kereta Toyota Wish dan Vellfire berbeza dari logo Toyota di Malaysia
Ramai yang tertanya-tanya tentang logo kereta recond dari Jepun seperti Toyota Wish dan Toyota Vellfire. Logo nya berbeza dari logo Toyota yang kita biasa lihat iaitu 3 bentuk oval yang membentuk huruf T.
Logo apa yang kelihatan seperti logo kereta Perodua ini?
Ini bukan logo kereta Perodua.. logo yang terdapat di bahagian depan kereta recond dari Jepun ini sebenarnya adalah logo Toyota Netz. Toyota Netz adalah ringkasan kepada “Network of Energetic Teams for Zenith” dan merupakan pengedar kereta Toyota Wish dan Vellfire di Jepun.
Di Jepun, kereta Toyota diedarkan dan dijual secara berasingan. Diantaranya adalah “Toyota Store” yang telah ditubuhkan pada tahun 1955, yang menjual sedan mewah yang besar seperti Toyota Century, dan Toyota Crown, manakala “Toyopet Store” pula pada asalnya ditubuhkan untuk menjual Toyota Corona dan Toyota Corona Mark II pada tahun 1957. Pada tahun 1966, “Toyota Corolla Store” diwujudkan untuk menjual Toyota Corolla dan kemudian “Toyota Netz Store” pula menjual Toyota Raum, Toyota RAV4, dan “Lexus”.
Kebanyakan model adalah eksklusif kepada rantaian stor tertentu, manakala sesetengah model, seperti Prius, boleh didapati di semua saluran jualan.
Disebabkan Toyota Wish dan Vellfire diedarkan oleh Toyota Netz di Jepun, maka logo Toyota Netz lah yang digunakan.
Itulah sebab mengapa Toyota recond di Malaysia mempunyai logo yang berbeza dari logo Toyota yang biasa kita lihat.
Recent Comments