Jenis-jenis Vaksin COVID19 dan Cara Ia Bertindak !
Terdapat empat jenis vaksin utama Covid19 yang samada telah diluluskan, dalam proses diluluskan atau masih dalam pertimbangan.
Sehingga sekarang terdapat pelbagai kekeliruan dan tentangan mengenai vaksin covid19 ni. Sampaikan ada macam-macam teori konspirasi jugak.
Artikel ni bukan nak bagitau vaksin mana yang lebih baik dan patut dipilih tapi cuma nak share basic knowledge pasal vaksin covid19.
Setiap vaksin ada cara-cara tersendiri untuk melawan penyakit. Namun apa yang pasti, semua vaksin berfungsi dengan mendedahkan tubuh manusia kepada zarah atau molekul yang mencetuskan tindak balas imun, sehingga melindungi subjek dari jangkitan di masa depan.
Perbezaan utama antara empat jenis vaksin utama adalah kaedah pendedahan yang digunakan.
Berikut adalah perbezaan utama.
1) VAKSIN SELURUH VIRUS
Contoh vaksin Covid19 : Sinopharm, Sinovac
Bilangan dos yang diperlukan: 2 dos
Vaksin lain yang menggunakan teknologi jenis ini: Hepatitis A, polio, rabies (semua jenis tidak aktif)
Vaksin jenis ini menggunakan patogen yang menyebabkan covid19 yang telah dilemahkan atau dinyahaktifkan untuk menggalakan imuniti badan bertindak mengeluarkan antibodi sebagai pelindung kepada penerima.
Dua vaksin yang disebutkan di atas – Sinopharm dan Sinovac – kedua-duanya menggunakan patogen yang tidak aktif, oleh itu mereka tidak dapat menjangkiti sel dan berkembang, tetapi boleh mencetuskan tindak balas imun badan menghasilkan antobodi.
Manfaat: Kelebihan vaksin jenis ini adalah teknologinya sudah well established dan sesuai untuk orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan terganggu. Selain itu, pembuatannya juga lebih mudah.
Kekurangan: Mungkin memerlukan booster shots.
2) RNA atau mRNA VACCINE
Contoh Vaksin Covid19: Pfizer-BioNTech, Moderna
Bilangan dos yang diperlukan: 2 dos
Vaksin lain yang menggunakan teknologi jenis ini: Tiada
Oleh kerana tidak ada vaksin yang telah diluluskan dengan menggunakan teknologi jenis ini, variasi Messenger RNA (mRNA) selalu disalah anggap sebagai teknologi yang sangat baru bagi penjagaan kesihatan dan vaksin. Namun, sebenarnya kajian mengenainya sudah berjalan sejak beberapa dekad dan sejumlah vaksin mRNA telah diteliti sebelum ini untuk pelbagai jenis penyakit termasuk sitomegalovirus (CMV), influenza, rabies, dan virus Zika.
Kelebihan utama penghasilan vaksin jenis ini adalah kerana ia boleh dilakukan di makmal dengan menggunakan bahan yang sedia ada. Oleh itu, prosesnya lebih mudah diseragamkan dan ditingkatkan. Ini dapat membantu penyelidik menghasilkan vaksin dengan lebih cepat daripada cara tradisional menghasilkan vaksin.
Jadi bagaimana ia vaksin ini berfungsi? Vaksin COVID-19 RNA terdiri daripada molekul mRNA yang dihasilkan di makmal dengan meniru kod sebahagian virus SARS-CoV-2 – khususnya protein virus.
Setelah disuntik ke dalam badan, mRNA akan mengarahkan sel-sel untuk menghasilkan antigen – seperti protein virus yang ditiru – yang kemudian akan dikesan oleh sel-sel imun.
Sel imuninasi akan bertindak balas didalam tubuh.
Sel pembunuh dalam tubuh seterusnya akan memusnahkan sel yang dijangkiti. Antibodi tubuh pun akan dihasilkan. Siapa pun yang terdedah kepada coronavirus COVID-19 di masa depan akan mempunyai sistem imuninasi tubuh yang sudah mengenali protein virus tersebut, dan seterusnya melawan jangkitan.
Manfaat: Menurut Yayasan PHG University of Cambridge, kelebihannya termasuk lebih selamat (kerana tidak ada komponen hidup yang digunakan), boleh dipercayai dan penghasilan vaksin lebih mudah.
Cabaran: Kekurangan vaksin jenis ini adalah merangkumi kesan vaksin yang tidak dijangka (seperti reaksi imun), memastikan penghantaran yang berkesan ke dalam badan (kerana RNA bebas di dalam badan akan cepat rosak), masalah penyimpanan, dan kekurangan fakta mengenai kesan keatas tubuh kerana vaksin jenis ini tidak pernah dilesenkan untuk manusia sebelum ini.
3) VEKTOR VIRAL NON REPLICATE
Vaksin merangkumi: Oxford-AstraZeneca, Sputnik V (Gamaleya Research Institute)
Bilangan dos yang diperlukan: 2 dos
Vaksin lain yang menggunakan teknologi jenis ini: Ebola
Vaksin jenis ini akan memperkenalkan versi virus yang selamat dan telah diubah – dikenali sebagai “vektor” – untuk memberikan kod genetik untuk antigen. Dalam vaksin COVID-19, “vektor” adalah protein virus yang terdapat di permukaan coronavirus.
Setelah sel-sel tubuh “dijangkiti”, sel-sel diarahkan untuk menghasilkan sejumlah besar antigen, yang seterusnya menghasilkan tindak balas imun.
Manfaat: Vaksinasi berasaskan vektor virus adalah teknologi lain yang sudah establish dalam mencetuskan tindak balas imun yang kuat kerana ia juga melibatkan sel B dan sel T.
Cabaran: Pendedahan sebelumnya terhadap vektor dapat mengurangkan keberkesanan. Selain ini, vaksin jenis ini agak rumit untuk dihasilkan berbanding yang lain.
4) SUBUNIT PROTEIN
Vaksin merangkumi: Novavax
Bilangan dos yang diperlukan: 2 dos
Vaksin lain yang menggunakan teknologi jenis ini: Hepatitis B, penyakit meningokokus, penyakit pneumokokus, herpes zoster
Vaksin subunit protein mengandungi “kepingan” patogen daripada keseluruhan patogen untuk menghasilkan tindak balas imun. Adalah dijangkakan bahawa dengan menyekat sistem imun ke seluruh patogen, risiko kesan sampingan dapat dikurangkan.
Faedah: Vaksinasi subunit protein juga merupakan teknologi yang sudah establish dan bermanfaat bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Cabaran: Jenis vaksin ini agak rumit untuk dibuat
Recent Comments