Iphone 6S dan 6S Plus dengan 3D Touch dan “Foto Hidup” masuki pasaran Malaysia hujung tahun ini

6s-4

APPLE telah melancarkan dua iPhone baru, 12.9 inci paparan Retina iPad Pro dan generasi terbaru Apple TV dalam pengumuman pengumuman produk terbesar mereka pada tahun ini.

Iphone terbaru ini diberi nama Iphone 6S dan Iphone 6S Plus. Walaupun rekabentuk iPhone 6S dan 6S Plus kelihatan hampir sama dengan model tahun lepas, tetapi sebenarnya banyak perubahan drastik secara dalamannya.
Dari segi luaran, perubahan utama yang dapat dilihat adalah tambahan warna ros emas disamping 3 warna lain yang sama dengan Iphone 6 dan 6 Plus iaitu warna emas, putih dan space gray.

6s-2

IPhone baru ini buat pertama kali memperkenalkan 3D Touch, yang dapat membezakan tahap kekuatan sentuhan pada skrin. Ini dapat memberikan pelbagai cara baru dalam mengakses dan interaksi dengan apps sepertimana membezakan antara right click dan left click pada mouse.

COntoh lain penggunaan 3D Touch ini, ia boleh digunakan untuk zoom pada butiran tertentu, pamerkan “snapview” dari calendar apabila tarikh kalendar di tekan kuat dan dalam aplikasi seperti Facebook, tekanan kuat pada ikon sahaja sudah cukup untuk memberi pilihan samada ingin mengemas kini status anda atau mengambil foto.

6s-3

Untuk menambah kekuatan Iphone 6S dan 6S Plus dan mengelakkan isu seperti “Bendgate” pada model tahun lepas, aluminium siri 7000 digunakan pada versi Iphone 6S dan 6S Plus ini. Aluminum siri 7000 ini biasanya digunakan dalam industri angkasa lepas kerana kekuatan dan kemasan logam yang lebih baik.
Kekuatan gelas juga dipertingkatkan seperti yang digunakan pada Apple Watch supaya lebih kalis calar dan sukar dipecahkan.

Iphone 6S dan 6S Plus ini juga akan menggunakan cip terbaru, A9 yang dikatakan 80 peratus lebih pantas daripada iPhone 6 dan mempunyai 90 peratus lebih kuasa grafik. TouchID juga dipertingkatkan dengan kepantasan dua kali lebih pantas dari sebelumnya.

Dari segi kamera, Iphone terbaru ini ditingkatkan dengan kamera iSight 12 megapixel, iaitu meningkat daripada 8 megapixel sebelum ini dan boleh merakam video dengan resolusi 4K. Ketika pelancaran, Apple turut menunjukkan beberapa gambar berkualiti tinggi yang telah diambil dengan Iphone 6S dan 6S Plus walaupun dalam cahaya rendah.

Selfies juga akan kelihatan lebih baik berbanding sebelum ini, dengan sensor baru 5 megapixel dan skrin pula dapat digunakan sebagai flash kamera depan.

Selain itu, iPhone 6S dan iPhone 6s Plus juga memperkenalkan pendekatan baru dalam fotografi iaitu Live Photos. Live Photos ini akan memaparkan imej pegun yang boleh bergerak selama kira-kira 4 saat apabila skrin ditekan kuat. Satu lagi penggunaan 3D Touch.

Iphone baru ini akan menggunakan OS terbaru iaitu iOS 9. iOS 9 boleh mula dimuat turun untuk Iphone and Ipad sedia ada bermula dari 16 September 2015.

6s

Kedua-dua model akan mula dijual pada 25 September, dengan pra pesanan bermula pada 12 September. Walau bagaimana pun ia cuma boleh didapati di beberapa buah negara saja tidak termasuk Malaysia buat masa ini. Kebiasaannya, selepas pelancaran Iphone di bulan September, ia akan masuk ke pasaran Malaysia sekitar bulan November tahun yang sama. Dengan matawang ringgit yang jatuh teruk berbanding dollar Amerika dan ditambah dengan GST, harga Iphone 6S and 6S Plus dijangka akan melambung tinggi dan pada kadar sekarang harga paling murah sudah hampir RM5000. Gilaa!

Harga di US adalah seperti berikut;

iPhone 6S

16GB: $ 1079
64GB: $ 1229
128GB: $ 1379

iPhone 6S Plus

16GB: $ 1229
64GB: $ 1379
128GB: $ 1529

Update :

Harga iPhone 6S dan 6S Plus di Malaysia

You may also like...