“The Autobots” adalah filem “Cars” versi ciplak dari China

china-car-movies-split-exlarge-169

Apa pendapat anda tentang poster di atas? Adakah anda merasakan ia adalah poster filem “Cars” yang ditayangkan di China?
Salah!..kerana poster disebelah kiri adalah poster filem animasi China “The Autobots” dan sebelah kanan adalah poster “Cars”.

Sudah la karakter tiru dari filem “Cars”, tajuk filem pula diambil dari “Transformers”. Hebat sungguh.

Pengkritik dan penonton filem di China melahirkan rasa kecewa dan malu di media sosial filem China, Douban dengan peniruaan jelas tersebut. Walau bagaimana pengarah dan pengeluar filem tersebut menafikannya dan mendakwa ia adalah original dan dia tidak tahu tentang filem “Cars”. Kebetulan ke? Hahahaha.

Pengarah filem “The Autobots” itu menambah, “Jika orang lain kelihatan seperti anda, adakah orang itu melanggar undang-undang?”
Menurutnya lagi, watak dalam filem tersebut adalah merupakan watak kereta mainan tiruan yang mempunyai hak cipta tersendiri dan bukan dari watak kereta dari Pixar.

Ramai penonton merungut kerana mereka membawa anak ke panggung kerana mempercayai bahawa ia adalah filem “Cars” tetapi malangnya mereka tertipu dengan animasi yang buruk.

Macam-macam..

You may also like...