Burger King mahu hasilkan McWhopper bersama McDonald
Burger King mengajak saingan nya McDonald untuk mengadakan gencatan senjata untuk sehari sempena Hari Keamanan pada 21 September ini dengan mencantumkan hidangan ikonik masing-masing iaitu Whopper dan Big Mac menjadi McWhopper !!
Burger King telah muatnaik video McWhopper di Internet dan mendapat sokongan baik dari peminat-peminatnya. Burger King kemudian menulis surat terbuka kepada McDonald supaya mereka “end the beef, with beef” (hentikan sengketa dengan daging lembu).
“Peace One Day adalah merupakan sebuah pertubuhan tanpa profit yang berkempen untuk mengadakan Hari Keamanan pada September 21 setiap tahun untuk mengajak kepada perpaduan global .
Menurut BK, mereka mengesyorkan McWhopper dengan menggabungkan bahagian-bahagian yang terbaik daripada Whopper dan Big Mac dan akan dihidangkan di restoran yang terletak di Atlanta, iaitu pertengahan antara ibu pejabat korporat McDonald dan Burger King.
Tapi sebelum itu..jangan fikirkan dulu tentang daging lembu mana yang digunakan?, sos yang mana?, bun?? Kerana McDonald agak kurang bersetuju dengan cadangan Burger King tersebut.
McDonald menulis didalam lama Facebook mereka
“Kami suka niat tersebut tetapi berfikir yang dua jenama ini boleh melakukan sesuatu yang lebih besar untuk membawa perubahan. Kami komited untuk meningkatkan kesedaran di seluruh dunia. Mungkin anda sepatutnya menyertai kami dalam usaha global yang lebih bermakna? Dan mari kita mengakui bahawa antara kita hanyalah saingan dalam perniagaan dan bukannya kesakitan perang yang sebenar. ”
Nampaknya McWhopper mungkin akan gagal direalisasikan buat masa ini tetapi kemenangan sebenar adalah bagi Burger King untuk cadangan tersebut yang kelihatan berseronok dengan saingan antara mereka dan McDonald.
Mungkin lain kali??
Recent Comments