Tayar tanpa angin “Airless” makin hampir masuki pasaran

Hankook-Airless-Tires-iFlex-lead-537x363

Sejak Michelin dengan tayar tanpa anginnya, TWEEL memenangi Pingat Emas dalam Inovasi pada tahun 2006 dan Bridgestone yang mempamerkan tayar airless mereka yang menggunakan bahan kitar semula pada tahun 2011 di Tokyo Motor Show, kita sebenarnya masih menanti bila produk sebenar akan masuki pasaran.

tweel
*Michelin’s Tweel
bridgestoneairlesstires@2x
*Bridgestone Airless

Yang terkini, giliran Hankook dari Korea pula untuk show off teknologi tayar tanpa angin mereka sendiri dan menurut Hankook, ia sudah diperingkat akhir dan sudah hampir sedia masuki pasaran.

Tayar airless dari Hankook ini dipanggil iFlex, dan ia menggunakan teknologi yang hampir sama dengan yang kita telah lihat sejak Michelin mempamerkan konsep Tweel yang kira-kira satu dekad yang lalu. Versi terbaru dari Hankook ini telah menjalani dan lulus semua jenis ujian di ibu pejabat R&D sayarikat tayar tersebut di Korea Selatan. Ujian-ujian tersebut mengkaji iFlex untuk melihat ketahanan, kekerasan, kestabilan, prestasi semasa Slalom, dan prestasi pada kelajuan.

hankook-iflex

Walaupun ia sebenarnya masih di peringkat prototaip pada masa ini, tetapi semua ujian dan komitmen serius yang ditunjukkan oleh Hankook, besar kemungkinan kita tidak menunggu lama lagi. Dan syarikat dari Korea sememangnya terkenal sebagai tidak takut dan menunggu lama untuk keluarkan mana-mana teknologi inovasi terkini ke pasaran.

i-flex

Hankook juga dengan bangganya mendakwa yang iFlex mampu mencapai kelajuan 130 km / h (atau 81 mph) dalam ujian kelajuan kereta elektrik, satu hasil yang baik dan menunjukkan yang ia makin hampir dijual kepada pengguna.

You may also like...