11 Ciri-ciri hebat yang dijangkakan pada Iphone 6S
Kebiasaannya cerita mengenai iPhone terbaru dari Apple akan muncul sebaik sahaja iPhone yang baru dilancarkan berada dipasaran seluruh dunia. Tetapi..tahun ini agak lammat kerana tidak banyak yang diketahui mengenai iPhone 6S sehinggalah leak terkini dari penganalisis KGI Securities Ming-Chi Kuo, yang sememangnya mempunyai rekod prestasi yang boleh dipercayai dalam membocorkan maklumat mengenai produk baru Apple pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Kuo bercakap secara peribadi kepada pelabur hari ini, ia menjangka terdapat 11 ciri-ciri penting yang iPhone 6S dan iPhone 6S Plus apabila mereka lancarkan pada bulan September ini.
Menurut Kuo, berikut adalah 11 ciri-ciri tersebut;
1. Force Touch akan menjadi naik taraf paling besar untuk iPhone 6S.
2. Saiz skrin akan kekal pada resolusi 4.7 dan 5.5 inci. Tidak akan ada model baru 4-inci.
3. Disamping warna yang ada pada model sekarang, warna tambahan “rose gold” akan diperkenalkan. Warna rose gold ini mula diperkenalkan pada AppleWatch sebelum ini.
4. Kamera juga akan dinaik taraf dengan peningkatan megapixel kepada 12MP berbanding 8MP sebelum ini.
5. Mikrofon akan ditambah berhampiran speaker untuk meningkatkan kualiti suara.
6. Iphone 6S akan menggunakan pemproses A9 dengan memory 2GB RAM.
7. Kekuatan iPhone 6S juga akan dipertingkatkan dengan mengubah gred kualiti Aluminum kepada yang lebih tinggi dan kuat untuk mengelakkan isu iPhone bengkok – Bendgate – berulang seperti tahun lepas.
8. Model iPhone 6S Plus akan mempunyai bilangan unit yang terhad dengan penutup lensa dari sapphire.
9. Touch ID akan dipertingkatkan untuk menggalakkan Apple Pay
10. Sokongan Gesture control.
11. Pengeluaran besar-besaran dijangka akan bermula pada bulan Ogos dengan nisbah 2: 1 untuk model 4.7 inci dan 5.5 inci.
Betul atau tidak?? kita tunggu September nanti..
Recent Comments