Rare Super Nintendo PlayStation prototaip dijumpai!

snes-playstation-full

Mungkin ramai yang tidak tahu..pada suatu masa, terdapat kerjasama antara Nintendo dan Sony untuk menghasilkan SNES dengan CD-ROM secara usahasama.
Pada ketika Nintendo menguasai dunia permainan video 16-bit dengan katrij, Nintendo dikatakan meminta Sony untuk menghasilkan Super Disk CD-ROM untuk menyaingi Sega Mega Drive CD. Cerita kerjasama ini pada asalnya hanyalah sekadar gossip diantara die hard fan dalam dunia permainan video tetapi secara tiba-tiba..

Seorang pengguna bernama Dnldbld dalam forum Assembler Games telah menghantar gambar SNES konsol yang tertera logo Nintendo dan Sony Playstation. Ia menjelaskan bahawa ayahnya pernah bekerja dengan seseorang yang bernama “Olaf” yang sebelum itu bekerja untuk Nintendo. Orang yang dimaksudkan mungkin adalah Olaf Olafsson, yang sebenarnya adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment pada masa kisah kerjasama antara Nintendo dan Sony berlangsung.

Dia juga telah meletakkan satu video YouTube menunjukkan konsol dari setiap sudut. Konsol tersebut juga mempunyai warna yang biasa untuk setiap SNES konsol lama dari Nintendo. Walaubagaimana ia tidak memasang konsol tersebut untuk menunjukkan samada ia boleh berfungsi.

Jika ini benar, ia merupakan penemuan yang menakjubkan dan peminat tegar permainan konsol akan beratur berebut untuk mendapatkannya atau sekadar melihat ia berfungsi.

Mengikut sejarah, Nintendo yang pada asalnya dikatakan bekerjasama dengan Sony secara tiba-tiba telah mengubah kepada kerjasama dengan Philips disaat akhir mungkin kerana tidak percaya dengan Sony. Pengumuman Nintendo pada CES 1991 telah mengejutkan ramai orang. Kegagalan kerjasama tersebut menyebabkan Sony telah membangunkan teknologi konsol mereka sendiri dan bermulalah Sony Playstation yang dilancar pada 1994 dan kini sedang menguasai dunia permainan konsol.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *