2015 Toyota Wish Baru MPV 7 tempat duduk

Toyota Wish baru 2015 merupakan MPV yang datang dengan 7 tempat duduk.
Mula dilancarkan pada tahun 2002 di Tokyo Motor Show dan kemudiannya masuk kepasaran pada tahun 2003. Ia dibuat di bawah pengawasan ketua jurutera Toyota Takeshi Yoshida dan menjadi sangat popular di Jepun, selepas sahaja ia dilancarkan. Slogan utama dalam Toyota Wish kempen pemasaran adalah: ” Wish come true ”, yang menampilkan lagu dari Hikaru Utada, di bawah nama yang sama. Pada tahun 2009 generasi kedua Toyota Wish MPV telah dikeluarkan dan dihasilkan di Jepun, Thailand dan Taiwan.

Toyota Wish MPV ini disasarkan pada golongan berkeluarga dan memiliki rekabentuk sporty dan bergaya untuk memikat golongan muda. Dengan bentuk depan yang langsing dan rendah mengikut trend masakini, ia menyebabkan kenderaan MPV ini tidak benar-benar kelihatan seperti mini-van dari luaran.

Toyota Wish menawarkan banyak keselesaan di dalam kabin walaupun lebih rendah dan lebih pendek dari kebanyakan MPV. Tetapi sayangnya, Toyota Wish ini tidak mempunyai penyaman udara di tempat duduk belakang seperti Toyota Estima. Ini sedikit sebanyak mengurangkan tahap keselesaan penumpang belakang. Walaubagaimanapun, ia mempunyai blower ke belakang yang agak kuat untuk sekurang-kurangnya mengatasi kekurangan tersebut.

Terdapat dua versi Toyota Wish, satu dengan 2,0 liter enjin dan yang lain dengan enjin 1,8 liter.

Enjin 2.0 liter adalah Valvematic 3ZR-FAE, menghasilkan 152 PS dan 193Nm tork manakala enjin 1.8 liter pula adalah Valvematic 2ZR-FAE membuat 143 PS dan 173Nm torque.

Lihat perbezaan antara generasi 1 dan 2 Toyota Wish MPV ini..

Generasi 2 Facelift : 2012 ~ 2015

wish-2012

wish-2012-back

Generasi 2 : Toyota Wish 2009~2010

wallpapers_toyota_wish_2009_2_1024x768

photos_toyota_wish_2009_1

Generasi 1 : Toyota Wish 2003~2005

toyota_wish_2003_photos_1_1024x768

toyota_wish_2003_wallpapers_1_1024x768

You may also like...