Usain Bolt akhirnya tumbang di kejohanan Dunia tapi bukan pada Gatlin

Justin Gatlin sekali lagi gagal menumbang Usain Bolt dalam acara 200 meter di Beijing setelah turut gagal dalam 100 meter sebelum ini. Tetapi ternyata, lawan sebenar Usain Bolt adalah jurukamera dengan skuter.

Bolt yang telah berjaya mengalahkan semua pesaing pecut nya dalam acara 200 meter Kejohanan Olahraga Dunia semalam, telah pergi kearah penonton untuk meraikan kejayaannya. Tetapi, secara tiba-tiba terdapat seorang jurukamera yang sedang menunggang skuter telah hilang kawalan dan “menumbangkan” Bolt.

usain-bolt-hit

Juara dunia 10 kali itu walaubagaimana tidak mengalami kecederaan, sebaliknya hanya tersenyum dan terus bergambar dan meraikan kemenangannya. Rilek saja Usain Bolt ni.

“Ia tidak benar-benar melanggar di achilles saya, tetapi hanya di betis” kata Bolt. “Tak mengapa. Saya hanya perlu diurut, sedikit ais dan semua akan baik”

Bolt menambah: “Khabar angin yang saya cuba untuk mulakan sekarang adalah bahawa lelaki itu dibayar oleh Justin Gatlin.”

Apabila ditanya pula pada Justin Gatlin mengenai gurauan Bolt, Gatlin menjawab “Saya mahu wang saya kembali. Dia tidak selesaikan tugasnya dengan baik”.

Haha..ini adalah video Usain Bolt dilanggar jurukamera di tepi trek ketika Kejohanan Olahraga Dunia 2015 di Beijing;

You may also like...