Urban Gardener – Tips Tanaman Kobis

Sekarang saya nak share cara dan teknik menanam Kobis. Kobis ni bukan boleh ditanam di Cameron Highland saja. Kat rumah di Bandar Kinrara pun boleh.
Mula-mula tu dapatkan benih kobis yang berlambak kat pasaran..kat Giant dan Tesco pun ada.

Semai anak pokok seperti biasa di tapak semaian atau pot dengan campuran baja organic atau kompos dengan tanah yang sedikit berpasir.
Selepas disemai, benih akan tumbuh setelah lebih kurang 1 minggu. Setelah berumur 10-15 hari atau anak pokok dan ada 3-4 helai daun.. boleh la dipindah anak pokok ke tanah yang juga ada campuran tanah dan kompos. Seelok eloknya jarakkan setiap anak pokok dalam 30-50cm.

Tanam kobis edible garden

Penjagaan
– Siram sehari 2 kali pada waktu pagi dan petang.
– Kalau boleh, jangan siram dengan air siraman kuat sangat. Nanti kotoran masuk celah-celah daun. Tak hensem la kobis nanti.
– Jangan tanam ditempat yang terlalu panas. Kecut pulak nanti.
– Tanah kena selalu dibersihkan dari rumpai.

Pembajaan
– Kena baja selalu. Kitaorang macam biasa, bagi baja najis arnab saja 2 minggu.
– Tapi bila dah besar sikit, makin kerap baja-kan. Kalau tak, dia tanak jadi bulat dan mantap.
– Kalau kurang baja, takde nya kobis tu nak jadi bulat. Jadi macam sawi je nanti.

Penuaian
Hasil kobis ni boleh di tuai dalam 2 bulan selepas pindah kat tanah.

Kitaorg suka tengok pokok kobis ni..jadi..2-3 bulan memang tak pernah petik pun sampai pokok tu mati.

Selamat menanam!

You may also like...

1 Response

  1. Hafiz hassan says:

    Boleh bagi tips utk tanam sayur pelbagai jenis x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *