Twentieth Century Fox World pertama di dunia bakal ganti Taman Tema Genting pada 2016 (Update: akhir 2017)

genting-20thcentury fox world4

Twentieth Century Fox akan memberikan saingan kepada Walt Disney dan Universal Studios pada tahun 2016 apabila ia bakal membuka taman tema mereka sendiri untuk kali yang pertama. Jika Walt Disney and Universal Studio memilih California sebagai tempat kelahiran taman tema mereka kerana disitulah adanya Hollywood tetapi Twentieth Century Fox memilih Genting Highland yang terletak kira-kira sejam dari pusat Bandar Kuala Lumpur. Kenapa pilih Malaysia??

genting-20thcentury fox world1

Twentieth Century Fox dengan kerjasama Genting Malaysia telah mengumumkannya nama taman tema tersebut sebagai Twentieth Century Fox World.

“Pembukaan pertama Twentieth Century Fox Theme Park di Resorts World Genting mengambil sejarah kita yang kaya bercerita dengan pengalaman hiburan yang luar biasa,” kata Jeffrey Godsick, presiden Twentieth Century Fox, dalam satu kenyataan . “Peminat-peminat dari seluruh dunia akan berkumpul di sini di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada cerita dan pengalaman keajaiban dan pengembaraan Fox kegemaran mereka.”

Adalah tidak menghairankan apabila Twentieth Century Fox memutuskan untuk melibatkan diri dalam perniagaan taman tema kerana syarikat seperti Walt Disney telah menggunakan pendapatan taman tema untuk mengimbangi bajet filem-filem besar yang gagal mendapat sambutan seperti “The Lone Ranger” dan “John Carter”. Sebagai contoh, pendapatan operasi Walt Disney telah menurun $ 61juta untuk segmen perniagaan hiburan studio pada tahun fiskal 2013, tetapi segmen pendapatan operasi untuk taman dan pusat peranginan melonjak 17 peratus kepada $ 2.2 billion.

Walaupun kelihatan agak lewat untuk terlibat dalam bisnes taman tema tetapi Twentieth Century Fox sebenarnya telah lesenkan beberapa francais terbesar ke taman yang lain, termasuk “The Simpsons” (Universal Studios) “X-Men” (Universal Studios) dan “Avatar” (Walt Disney).

Bagi taman tema baru Twentieth Century Fox World di Malaysia nanti, ia bakal menampilkan lebih kurang 25 tunggangan dan tarikan berdasarkan filem-filem seperti “Rio”, “Ice Age”, “Life of Pi,” “Planet of the Apes” dan “Alien vs Predator.”

genting22

Resorts World Genting berkata mereka sudah melabur sebanyak lebih $ 300 juta untuk menjayakan projek taman tema pertama Twentieth Century Fox World di Genting Highland ini untuk menggantikan taman tema Genting yang sudah berusia hampir 30 tahun.

Dikatakan, stesen kereta kabel juga bakal dipertingkatkan dan ditukar baru dan Resort World juga mahu menjadikan Genting Highland sebagai “syurga membeli-belah” dan kedai-kedai outlet premium.

Didorong oleh kelas pertengahan baru muncul di Asia, Malaysia kini negara kedua paling kerap dilawati di benua selepas China dan ke-10 di dunia dengan lebih daripada 25 juta ketibaan pada tahun 2012.

Malaysia juga telah menempa nama dalam tahun-tahun kebelakangan ini sebagai pusat taman tema di Asia Tenggara dengan adanya Legoland pertama dibenua Asia yang terletak di satu lagi koridor pembangunan berhampiran bandar selatan Johor yang terletak berhampiran sempadan Singapura. Legoland Malaysia ini mula beroperasi pada Sept 2012 dan mempunyai 40 permainan, pertunjukan dan tarikan.

Twentieth Century Fox World yang bakal menggantikan Kota keriangan Taman Tema Genting ini dijangka akan mula beroperasi pada Disember 2016 akhir 2017. (Update Oct 2016 : Disebabkan matawang ringgit yang lemah, taman tema Genting ini dijangka akan dibuka semula paling awal pada akhir 2017).

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, Twentieth Century Fox World akan mempunyai kelebihan kerana suhu di Genting Highland yang lebih nyaman dan sejuk berbanding Legoland Malaysia dan Universal Studio Singapura yang agak panas.

Update terkini pembinaan Twentieth Century Fox World di Genting ..

genting-20thcentury fox world3 genting-20thcentury fox world5

You may also like...