Cara-cara dan tips memilih Kamera Digital

Pertumbuhan fotografi telefon pintar menyebabkan Kamera digital terpaksa bekerja lebih keras untuk menarik minat pengguna. Kalau setakat boleh ambil gambar, tak perlu untuk membeli Kamera digital. Cukup sekadar menggunakan telefon pintar.

Leica-Mirrorless-camera

Disini terdapat beberapa tips untuk memilih kamera digital.

Jenis kamera digital

Sebenarnya klasifikasi kamera adalah sukar dan tidak konsisten kerana teknologi kamera yang semakin meluas, tetapi apa yang pasti, step up dari kamera telefon pintar adalah kamera Point and Shoot atau lebih dikenali dengan Kamera compact.

Pengguna biasanya membeli kamera compact kerana keupayaan untuk zoom, lebih pantas dan flash yang lebih baik berbanding telefon pintar. Disebabkan itulah pengguna mula meninggalkan kamera kompak  kerana tidak banyak ia dapat tawarkan berbanding telefon pintar. Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar mahukan gambar berkualiti yang hampir pada kualiti pro, model-model high end seperti Sony RX100, dan Canon G7X patut menjadi pilihan terbaik.

Terdapat juga dua jenis kamera high end iaitu DSLR dan Mirrorless kamera. DSLR  (digital single-lensa refleks) menawarkan autofocus dan burst yang paling cepat, dan fleksibiliti dalam memilih dari pelbagai jenis lens. Walau bagaimanapun, DSLR adalah besar dan berat untuk dibawa berjalan-jalan.

Kesukaran ini menyebabkan kamera mirrorless telah perlahan-lahan mengambil tempat DSLRs di kalangan peminat kerana ia lebih mudah dibawa di samping menawarkan kualiti imej keseluruhan yang hampir sama dengan DSLR.

camera2

Ia juga sering kali menawarkan ciri-ciri yang lebih inovatif seperti 4K rakaman video atau pilihan sambungan. Ianya dipanggil “mirrorless” kerana ia tidak menggunakan cermin seperti di dalam DSLRs untuk memantulkan cahaya ke viewfinder. Pembinaan mudah ini dapat mengurang saiz dan berat kamera secara mendadak, walaupun ia boleh menukar lens seperti DSLR.

Satu lagi adalah bridge kamera (kadang-kadang dipanggil superzooms). Ia menawarkan jarak zoom yang sangat panjang dengan beberapa ciri-ciri canggih dalam badan yang lebih kecil daripada DSLR, dan tanpa perlu menukar kanta. Bridge kamera menawarkan imej yang berkualiti agak rendah berbanding DSLR, sama seperti kategori point and shoot. Tetapi terdapat beberapa pilihan untuk gambar lebih professional dan video yang lebih baik. Ini termasuk Sony RX10, Panasonic FZ1000, dan akan datang Canon G3X.

rx100

Spesifikasi

Faktor terbesar menentukan kualiti imej adalah saiz sensor kamera anda. Sensor adalah cip silikon sensitif cahaya yang menggantikan filem di dalam kamera digital. Lebih besar dan lebih mahal kamera anda, lebih baik dan lebih besar sensornya.

Kamera telefon pintar dan point-and-shoot kamera buasanya menggunakan saiz sensor yang kecil dan kurang daripada satu inci. Kualiti imej adalah sangat terhad. Kamera kompak high end dan bridge kamera biasanya menggunakan sensor 1 inci. Walau bagaimanapun, kamera mirrorless dan DSLRs mempunyai sensor yang lebih besar, iaitu sensor frame penuh 35mm, yang menyediakan prestasi cahaya rendah yang terbaik dan berkualiti secara keseluruhan.

Kemudian ada beberapa kamera anda boleh menukar lens. Untuk pemilihan lens, anda perlu melihat pada jarak focus (focal length)  dalam menentukan sudut pandangan (angle of view). Jarak fokus lebih pendek bermakna sudut yang lebih luas.

Bukaan lensa (lens aperture) (atau  f-stop number) pula memberitahu anda berapa banyak cahaya boleh masuk dan mengenai lensa: bukaan lensa yang lebih besar (lebih ringan) mempunyai lebih kecil f-nombor. Jika anda membeli kamera dengan bukaan lensa yang lebih besar anda mempunyai lebih kawalan ketika mengambil gambar dalam cahaya rendah dan juga akan dapat menghasilkan gambar latar belakang pudar dengan lebih baik. Kebanyakkan kanta (lens) mempunyai julat bukaan (aperture range), seperti f / 3,5-5,6. Kanta yang berkualiti tinggi mempunyai nilai-nilai aperture yang berterusan sepanjang jarak zoom, seperti f / 2.8. Tetapi kanta ini biasanya lebih besar dan lebih mahal.

camera1

Selain itu, pada sesetengah orang, bilangan megapixel kamera yang menghasilkan ukuran dimensi imej adalah penting. Secara umumnya, lebih megapixel memberikan anda lebih fleksibiliti dan anda boleh mencetak pada saiz yang lebih besar dan tanpa kehilangan kualiti. Tetapi sebenarnya hampir semua kamera yang ada dipasaran sekarang sudah mempunya bilangan megapixel yang memadai. 5- 8 megapixel adalah cukup baik untuk mencetak gambar sehingga saiz A3.

Zoom optik (Optical Zoom) adalah sejauh mana anda boleh zoom-in dengan menggunakan lensa. Ia tidak banyak mengganggu kualiti gambar diambil. Sebaliknya zoom digital (Digital Zoom) akan sentiasa mengorbankan kualiti kerana ia pada dasarnya hanya imej crop.

Begitu juga dengan penstabilan. Penstabilan optik (Optical stabilization) adalah lebih baik kerana unsur-unsur lensa sebenarnya bergerak untuk mengimbangi gerakan. Manakala, Penstabilan Digital (Digital Stabilization) pula memanipulasi imej dan boleh mengorbankan kualiti imej diambil.

ISO adalah merupakan ukuran betapa sensitif sensor dengan cahaya. Biasa ISO dipasarkan berdasarkan  julat ISO (ISO range), dan secara amnya lebih luas julat ISO, lebih baik imej diambil pada cahaya rendah. Walaubagaimana, saiz sensor adalah masih penentu yang lebih baik dalam menentukan keupayaan pada cahaya rendah. Semakin kecil saiz sensor dan julat ISO, lebih banyak noise dalam imej anda dalam gelap.

Burst rate pula memberitahu anda berapa banyak imej boleh diambil dalam masa yang 1 saat. Ia biasanya dari 4 fps (frame per saat) hingga 10 fps. Lebih tinggi fps, lebih baik terutama untuk mengambil gambar subjek bergerak seperti kanak-kanak yang aktif.

Ciri-ciri lain yang perlu dipertimbangkan

Terdapat beberapa ciri-ciri lain yang boleh anda pertimbangkan didalam memilih kamera. Antaranya viewfinder kerana tidak semua kamera disertakan bersama. Selain itu, jika anda suka beraktiviti, kalis cuaca (weather proof) seperti kalis air (waterproof) dan kalis debu (dustproof) pada kamera juga adalah penting untuk dipertimbangkan.

Untuk memudahkan anda berkongsi imej atau video, Wi-Fi juga boleh didapati dalam kebanyakan kamera digital baru. Begitu juga dengan GPS, tetapi tidak terlalu meluaskan kerana tambahan harga yang mahal.

Akhirnya.. yang paling penting adalah bajet anda. Senarai pendeknya beberapa kamera dan baca lah review sebanyak yang mungkin. Sebaik-baiknya, review yang berserta dengan imej. Jangan terlalu mudah percaya dengan sesetengah gambar dalam laman web kerana kemahiran jurugambar kadangkala dapat mengatasi kelemahan kamera yang digunakan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *