Tanpa domain dan trademark, adakah Alphabet merupakan satu lagi strategi Google masuk semula pasaran China?

Pengumuman penstrukturan semula Google dengan meletakkannya dibawah Alphabet sememang mengejutkan banyak pihak. Tambahan pula, Google tidak memiliki trademark Alphabet , domain alphabet.com dan twitter @alphabet. Trademark dan domain alphabet.com adalah milik BMW yang dari awal sudah mengumumkan tidak akan menjualkannya kepada Google.

Alphabet juga nampaknya tidak berminat untuk memiliki alphabet.com apabila memilih untuk menggunakan domain abc.xyz.
Masalah yang sama seperti Google.com untuk abc.xyz apabila selepas saja pengumuman domain Alphabet tersebut, ia terus disekat di China.

Google telah melakukan pelbagai strategi sebelum ini untuk masuki semula pasaran China tetapi masih gagal. Adakah Alphabet merupakan strategi terkini ?? Mengasingkan Google dan menguasai menggunakan Alphabet?

You may also like...