Taman Tema Ubisoft bakal dibuka di Malaysia pada tahun 2020

Ubisoft-Theme-Park

Studio permainan video, Ubisoft dari Perancis yang terkenal dengan Assassin’s Creed, Just Dance dan Raving Rabbids bakal menjadi tarikan utama didalam taman tema terkini yang akan didirikan di pusat bandar Kuala Lumpur.

Ubisoft akan bekerjasama dengan R. Segari Group (RSG) Sdn Bhd untuk membangunkan taman tema berasaskan permainan dari komputer tersebut dikawasan seluas 10,000 meter persegi. RSG juga sebelum ini turut terlibat membangunkan Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh.

ubisoft2

Menurut Pengerusi RSG, Ramelle Ramli, Taman tema Ubisoft akan menampilkan permainan realiti maya, tunggangan, tarikan dan pertunjukan. Seperti juga Taman tema MAPS, Ubisoft Theme Park ini adalah indoor sepenuhnya.

Kerjasama ini tidak mengejutkan kerana pada tahun lepas, Ubisoft telah bekerjasama dengan syarikat Perancis, Parc du Futuroscope untuk menghasilkan ride Raving Rabbids dan Sega di taman tema indoor di Dubai

ubisoft

Mengikut perancangan, Taman Tema Ubisoft ini akan mula dibina pada 2017 dan siap pada 2020.

Makin banyak taman tema dibina di Malaysia..lepas ni apa pula? Taman tema Angry Bird??

You may also like...