Super Mid-Range Xperia M5 dengan kamera 21.5MP dan waterproof

xperiaM5

Selepas heboh diperkatakan di internet, akhirnya Sony telah melancarkan Xperia Siri M yang baru iaitu Xperia M5. Gajet ini merupakan upgrade kepada Xperia M4 Aqua dengan kamera yang jauh lebih baik iaitu dengan sensor 21.5MP, mengekalkan rekabentuk kalis air dan waterproof dan dengan paparan 5” 1080p.

Sony menggelarkannya sebagai telefon “super mid-range” kerana ia memiliki spesifikasi kamera yang hebat

Spesifikasi Xperia M5 ada seperti berikut;

• Pemproses: Pemproses OCTA-core (2.0 GHz) 64-bit MediaTek Helio X10 (MT6795)
• Paparan: 5 “Full-HD (1920×1080 pixel)
• RAM: 3GB
• Penyimpanan: 16GB microSD
• Kamera: Kamera utama 21,5 MP, Kamera depan 13 MP
• Bateri : 2600mAh
•Dimensi : 145 x 72 x 7.6 mm, 142.5g
• OS: Android 5.0
• Rangkaian: GSM, UMTS, LTE (berbeza mengikut pasaran)

Kamera untuk Xperia M5 dilaporkan akan menggunakan sistem autofokus hibrid untuk meningkatkan kelajuan semasa focus. Ia juga mempunyai lensa sehingga F/2.2 dan ISO sehingga 3200. Perkakasan agak sederhana pada model ini membolehkan penggunaan bateri yang lebih lama iaitu sehingga 2 hari untuk setiap cas penuh.

xperiaM5-2

Sony berkata, Xperia M5 akan berada dipasaran dalam tempoh beberapa minggu dan cuma pada beberapa negara sahaja. Walau bagaimanapun tidak diketahui jadual masa untuk negara mana dan harganya.

Yang hampir pasti, ia akan datang dalam 3 warna iaitu warna hitam, putih, dan emas.

You may also like...