Perbezaan diantara Cappuccino, Americano, Latte dan Mocha

Terdapat pelbagai jenis minuman kopi berasaskan espresso. Ia amat mengelirukan dan kadang-kadang nak order pun takut sebab tidak tahu perbezaannya.
Diantara variasi minuman kopi espresso adalah macchiato, latte, cappuccino dan mocha.

Apa yang membuatkan minuman kopi ini berbeza antara satu sama lain? Apakah ciri-ciri berbeza di antara setiap jenis kopi espresso?

Secara mudahnya, semua minuman berasaskan kopi espresso di kedai kopi adalah campuran dua bahan asas iaitu espresso dan susu.
Espresso adalah kopi yang dibancuh dengan cara memaksa sejumlah kecil air hampir mendidih di bawah tekanan melalui biji kopi halus yang telah dikisar menggunakan mesin espresso.
Perbezaan diantara setiap kopi espresso sebenarnya terletak pada kandungan bahan-bahan tambahan seperti koko, coklat, ais, gula, vanila, dan sebagainya.

Berikut adalah perbezaan diantara Cappuccino vs Latte vs Mocha

• Cappuccino – 1/3 espresso, 1/3 susu stim, 1/3 buih susu
Rasa kopi espresso dikurangkan dengan tambahan susu. Ini menjadikan rasa kopi yang lebih lembut.

• Latte – 1/6 espresso, 4/6 susu stim, 1/6 berbuih susu
Ini adalah minuman berasaskan susu dengan sedikit kopi.

• Mocha – 2/5 espresso, 2/5 coklat, 1/5 susu stim
Kopi yang kuat dengan tambahan rasa coklat.

• Flat white – 1/3 espresso, susu berbuih 2/3
Sangat mirip dengan cappuccino, tetapi dengan susu yang kurang berbuih. Oleh itu, tiada buih tebal dibahagian atas air kopi.

• Mocha latte – 1/8 espresso, 5/8 susu stim, 1/8 susu berbuih, 1/8 coklat panas
Latte dengan tambahan rasa coklat coklat.

• Mochaccino – 1/3 espresso, 1/3 susu stim, 1/3 susu fructhed, 1 sudu besar sirap coklat
Cappuccino dengan tambahan rasa coklat

• Americano – 1/3 espresso and water
Rasa kopi espresso yang dicairkan dengan air panas

Macamana pilihan antara sekarang?

You may also like...