Papan tanda E-paper pertama didunia

sydney-e-ink-traffic-display

E-paper sebelum ni sudah popular dan biasa digunakan dengan meluas untuk eReader and Kindle. Tapi, macamana pula dengan sebagai papan tanda lalulintas?

Kini, Sydney boleh berbangga sebagai bandar pertama di dunia yang telah menggunakan e-paper untuk papan tanda lalu lintas. Dibangunkan oleh firma Slovenia Visionect, papan tanda tersebut menggunakan 100% kuasa solar.

Untuk berkomunikasi dengan server utama, papan tanda e-paper tersebut mempunyai sambungan 3G dan tidak akan terpadam walaupun terdapat masalah elektrik dikawasan tersebut. Disebabkan e-paper tidak memerlukan backlight, ia akan activate paparan ala-Kindle Paperwhite didalam keadaan gelap.

Teknologi ini bukan saja menjimatkan kos elektrik, malah dapat mengurangkan kos papan tanda sementara yang menurut Visiontec, Los Angeles membelanjakan sekitar USD9.5 juta untuk papan tanda sementara setahun.

sydney-e-ink-traffic-display-3@2x

Lima belas tanda-tanda telah berjaya diuji di George Street di Sydney CBD, di mana mereka akan memaparkan maklumat kepada pengguna jalan raya semasa acara-acara khas seperti perlawanan bola sepak atau konsert.

Visionetc juga turut menambah koordinat lokasi pada setiap papan tanda untuk mengelak unit dicuri dan langkah-langkah keselamatan juga turut diambil kerana mereka menjangkakan akan ada cubaan untuk hack papan tanda tersebut dimasa hadapan.

You may also like...