Movie Animation Park Studios, Ipoh dibuka bulan Mac 2016 – Satu lagi Taman Tema menarik di Malaysia

Movie-Animation-Park-Studios-MAPS-Perak-Malaysia

Satu tarikan baru taman tema sedang dibina di Malaysia selepas Legoland Malaysia dan Twetienth Century Fox World adalah Movie Animation Park Studio (MAPS) yang merupakan Tan Tema Animasi yang pertama di Asia. Movie Animation Park Studio (MAPS) ini terletak di Ipoh, Perak dan dijangka siap pada Mac 2016.

Sebahagian besar taman tema MAPS ini adalah tertutup dan berhawa dingin untuk melindungi penganjung dari cuaca panas, basah dan lembap di Malaysia. Taman ini juga bakal mempunyai menara drop tertinggi Malaysia, pertunjukan lagak ngeri kereta dan banyak lagi yang direka untuk keluarga dan semua peringkat umur. Terdapat juga pelbagai jenis makanan dan minuman yang bertemakan filem animasi popular dan kedai-kedai di seluruh kawasan seluas 52 ekar itu.

movie-animation-park-studios-malaysia

Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini akan menampilkan lebih 40 Rides termasuk zon DreamWorks Animation yang menempatkan watak-watak animasi popular seperti Mr Peabody dan Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly ghost. Selain daripada watak-watak animasi dari DreamWorks, animasi kegemaran tempatan, BoBoiBoy oleh MONSTA.
Dan..watak animasi utama untuk taman tema ini adalah watak Smurfs, yang telah wujud sejak 57 tahun yang lalu dan akan ditampilkan di Movie Animation Park Studio dalam pameran, watak kontum dan juga barangan.

Movie-Animation-Park-Studios-Perak-attractions

Taman tema MAPS ini yang dibina dengan kos sekitar RM450 juta ini, terletak di Meru Raya, Perak dan dijangka menarik 1.4 juta pengunjung pada tahun pertama operasi dimana penduduk tempatan akan membentuk 80% dan warga asing 20%.

Zon-zon dalam Movie Animation Park Studio adalah;

1)Animation Square Zone

• BoboiBoy 4D Adventure

• BoBoiBoy Animation and Sound FX

• Animation Square Stage Show

• Cartoon Factory

Movie-Animation-Park-Studios-Perak-animation-square

2)DreamWorks Adventure Zone

• Mr Peabody & Sherman Adventure

• Casper’s Spooky Mansion Dark Ride

• The Croods Coaster

• Megamind MegaDrop

3)Fantasy Forest Zone

• Indy’s Treehouse HQ

• Upsidedown Pyramid

• Red Barron Flyer

• Wet Play Area

• Forrest Carousel

• Fun Factory

4)Blast Off Zone

• The Starship

• MAPS TV Live Broadcast

• Live Animation Theatre

• Space Bandits Ride

• Bumper Cars

5)Stunt Legends Zone

• Alpha Force Stunt Show

• Bravo Force Stunt Show

• Delta force Stunt Show

Nampak macam best, tapi kena tunggu Mac 2016 la. Nampaknya lepas ni, kalau mahu balik kampong di Penang, kena singgah MAPS ni.

Lokasi dah boleh cari di Google Maps.

maps2

You may also like...