Mazda CX-3 di pasaran Malaysia Nov 2015 ini untuk saingi Honda HR-V

Mazda-CX-3-27-1024x682

Selepas kejayaan Honda HRV di pasaran Malaysia, Mazda tidak mahu menunggu lama untuk memperkenalkan pula Mazda CX-3. Adalah dijangkakan Mazda CX-3 ini akan memasuki pasaran pada November ini untuk member saingan kepada Peugeot 2008, Ford EcoSport dan Honda HR-V.

Mazda-CX-3-7-990x700Mazda-CX-3-10-990x700

 

Mazda CX3 ini sebenarnya telah mula dipamerkan pada bulan November 2014 di Los Angeles Auto Show dengan dua pilihan enjin – 2.0 liter petrol empat silinder (SKYACTIV-G; 155hp dan 200 Nm) atau enjin turbodiesel 1.5 liter (SKYACTIV-D; 104 hp dan 270 Nm).

Untuk pasaran Malaysia, kemungkinan besar hanya enjin petrol 2.0l akan masuki pasaran dengan transmisi automatik enam kelajuan SKYACTIV-Drive, dengan harapan untuk menguasai SUV B-segmen.

Mazda-CX-3-22-990x660 Mazda-CX-3-25-990x660

Jika Mazda CX-5 berada dipasaran pada harga sekitar RM150,000, harga Mazda CX-3 pula dijangkakan pada sekitar RM130,000. Ini juga akan menjadi SUV B-segmen paling mahal dijual di Malaysia. Secara perbandingan, Honda HR-V berharga dari RM100k ke RM119k.

Walaupun begitu, Bermaz Motor dijangkakan akan cuba menyaingi Honda HRV dengan menawarkan aksesori yang lebih menarik seperti kerusi kulit, Sistem Connect MZD dengan navigasi GPS, unit skrin sentuh kepala 7-inci, enam pembesar suara stereo standard dan enam beg udara.

mazda cx3-2 Mazda-CX-3-13-990x700

Booking untuk Mazda CX3 ini sudah pun dibuka oleh Bermaz Motor. Dah kena pilih betul-betul antara Mazda CX3 dan Honda HRV. Ataupun.. nak tunggu Honda BRV?

You may also like...