[LEAK] Sony Xperia Z5 Premium adalah telefon pintar 4K pertama di dunia?

sony-xperia-z5-premium-4k-display

Seperti dijangkakan, Sony bakal melancarkan telefon pintar Xperia terbarunya Xperia Z5 di IFA 2015 yang dijadualkan berlangsung Rabu depan, 2 September. Tetapi yang tidak dijangkakan adalah kebocoran maklumat yang datangnya dari akaun FB syarikat Sony sendiri seminggu lebih awal.

Laman FB tersebut adalah Sony Georgia telah menerbitkan butir-butir mengenai tiga telefon Xperia yang syarikat itu akan lancarkan di Berlin termasuk apa yang bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan paparan 4K.

Menurut laman tersebut, Sony akan melancarkan Xperia Z5 Compat, Xperia Z5 dan Xperia Z5 Premium. Xperia Z5 Compact akan menampilkan paparan 4.6in HD, Xperia Z5 dengan 5 in Full HD paparan manakala Xperia Z5 Premium pula akan menampilkan bahawa skrin 5.5in dengan paparan 4K (atau Ultra HD) resolusi 3840 x 2160 pixels, memberikan kepadatan piixel lebih 800 piksel per inci (ppi). Memandangkan rekod semasa resolusi telefon pintar tertinggi adalah dari LG iaitu LG G4 yang mempunyai kepadatan pixel 538ppi, Xperia Z5 Premium ini jelas memaparkan peningkatan yang ketara dalam kualiti skrin.

Ketiga-tiga varian Xperia Z5 ini akan turut mempunyai sensor cap jari tetapi tidak jelas dimana letaknya sensor tersebut. Kemungkinan besar ia terletak dibahagian tepi telefon dan turut berfungsi sebagai butang power.

xperiaz5-1

Kamera pula bakal dinaik taraf dengan sensor 23 megapixel bagi menggantikan sensor 20 megapixel seperti pada model-model terdahulu dengan sistem autofokus lebih cepat, iaitu di bawah 0.1 saat.

Tindakan Sony mengeluarkan Xperia Z5 Premium dengan paparan 4K pertama di dunia ini agak mengejutkan kerana Sony sebelum ini mendakwa skrin 2k untuk telefon pintar adalah mengarut kerana tidak berbaloi untuk mengurangkan hayat bateri sedangkan mata manusia tidak dapat bezakan antara Full HD dan 2K pada skrin yang kecil.

Mungkin ramai yang tidak sabar untuk mengetahui hayat bateri untuk paparan 4K ini.

You may also like...