Landwind X7 – Klon Range Rover Evoque bakal masuki pasaran China bulan depan

landwind-evoque-2

Pada mulanya ia dipamerkan di Guangzhao Motor Show pada Nov lepas dengan nama LandWind E32 dan akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai LandWind X7. Usaha sama antara syarikat kereta China Changan Auto dan Jiangling Motors Corporation yang sebelum ini bekerjasama dengan Ford …tanpa segan silu menghasilkan Land Wind X7 ini yang jelas adalah rip-off dari Range Rover Evoque.

landwind-evoque-3landwind-evoque-4

Walaupun Land Rover sudah mengadu kepada pihak berkuasa China sebagai kecurian harta intelek, tetapi aduan itu telah ditolak. Dan akhirnya akan masuki pasaran di China seawal bulan depan.

Dilancarkan dengan harga hanya satu pertiga daripada Range Rover Evoque iaitu sekitar RM80,000, Landwind X7 hanya miliki persamaan dari segi luaran sahaja. Landwind X7 ini dikuasakan oleh enjin turbo 2.0 liter dari Mitsubishi miliki kuasa output jauh lebih rendah dari Range Rover Evoque: 188 kuasa kuda untuk X7, 237 hp untuk Evoque.

Model-model Landwind ini memang sudah lama popular dengan perbuatan meniru seperti ini. Antaranya Landwind X6 yang dikatakan meniru Isuzu Rodeo yang mendapat kosong bintang dalam NCAP crash test dan Landwind CV9 dengan Vauxhall yang cuma mendapat 2 bintang. Bagaimana dengan X7?? Mungkin kosong bintang lagi. Haha… dasat China ni..

 

range-rover-evoque

range-rover-evoque-rear

You may also like...