Kuratas vs Megabots – Bersedia untuk pertarungan robot gergasi Jepun dan US

kuratas-vs-megabots

Bersedia untuk pertarungan ala-Transformer antara robot gergasi Jepun dan Amerika!

Beberapa hari selepas Suidobashi Heavy Industries dari Jepun melancarkan robot gergasi mereka dengan nama “Kuratas” dipasaran, sebuah syarikat robotik dari Amerika pula mencabar untuk bertarung dengan robot ciptaan mereka bernama “ Megabots” dalam pertarungan fight to the death!

Hari ini, syarikat Jepun itu telah menerima cabaran tersebut!

Ini bukan cabaran untuk pertarungan hanya dalam filem Amerika tetapi pertarungan sebenar antara dua robot gergasi yang dipandu dari dalam menggunakan teknologi canggih seperti dalam filem fiksyen.

Megabots dari Amerika ini telah dibina dengan ketinggian 15 kaki, dipandu oleh manusia dari dalamnya, dilengkapi meriam dan dapat bergerak pada kelajuan 120mph.

Pada awalnya projek robotik US ini merupakan projek yang gagal dalam program Kickstarter tetapi akhirnya berjaya diteruskan setelah mendapat bantuan dari Autodesk.

“ Kuratas” pula merupakan jentera perisai yang popular di internet beberapa tahun lalu dan sudah mula dijual dipasaran dengan harga sehingga 1.3juta USD. Pada ketinggian 12kaki,  ia mudah alih sepenuhnya, dilengkapi senjata, perisai tebal, meriam melekat pada setiap lengan dan peluru pelancar.

Megabots telah memutuskan bahawa robot gergasi Kuratas ini adalah musuh dan bertekad untuk membuktikan kehebatan mereka dengan memberikan Kuratas tamparan hebat. Cabaran itu sendiri telah dikeluarkan melalui YouTube.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *