Jambatan Origami MB4.0 boleh dipasang dalam 5 minit

origami-bridge

Jepun sememangnya popular dengan seni origami dari lipatan kertas sejak turun temurun. Di ilhamkan oleh seni origami, Dr. Ichiro Suryo, penolong profesor di Institut Hiroshima Universiti Kejuruteraan telah Berjaya menghasilkan jambatan sementara “paling cepat dipasang, paling besar, paling kuat dan paling ringan di dunia.” . Inovasi ini sangat penting terutama dalam misi menyelamat ketika bencana alam.

Dikenali sebagai Bridge Mobile Version 4.0 (MB4.0), jambatan ini mempunyai rekabentuk seperti akordian yang boleh dilipatkan untuk disimpan dalam ruang kecil dan dipanjangkan apabila perlu digunakan dan mampu menampung berat kenderaan diseluruh permukaan.

Demo jambatan origami ini telah diuji buat kali pertama akhir bulan lalu, dan ia telah berjaya menampung beberapa kereta untuk menyeberangi Sungai Hongo di Fukuyama City. Walaupun biasanya jambatan sementara adalah tidak stabil atau mengambil masa yang lama untuk disediakan, struktur origami ini boleh digunakan dalam tempoh satu jam tanpa pembinaan asas atau kren dikehendaki dan mampu dipasang dalam masa lima minit sahaja.

Apabila dilipat sepenuhnya untuk penyimpanan, jambatan ini cukup kecil untuk dipindahkan dengan menggunakan treler biasa. Ini menjadikan jambatan MB4.0 ini sangat mudah alih dan serba boleh.

Namun begitu , Suryo dan pasukannya masih mencari jalan untuk membuat jambatan lebih kuat, lebih lama, lebih ringan dan lebih padat lagi, untuk menjadikannya lebih berguna dan boleh diakses

You may also like...