Iphone 7 mungkin TIDAK PERLU di cas semula lagi

Baru-baru ini Apple telah diberikan paten untuk sel-sel solar yang diletakkan di bawah skrin sentuh, seperti yang digunakan oleh trackpad Macbook, iPhone, iPad dan Apple Watch.

Menurut paten AS, panel solar yang tersembunyi akan mengecas telefon pintar sepanjang hari.

Teknologi sperti ini bukanlah perkara baru kerana pembuat jam telah menggunakan panel solar di jam tangan untuk melanjutkan hayat bateri sejak beberapa dekad yang lepas.

Apple menjelaskan dalam paten AS: “Peranti wayarles yang mempunyai sensor sentuh dan sel solar akan menukarkan cahaya ambien kepada kuasa elektrik.
“Litar komunikasi wayarles menghantar input sesentuh kepada peralatan luar menggunakan kuasa elektrik dari sel solar.

“Peranti storan tenaga seperti kapasitor dan bateri boleh dicas dengan menggunakan kuasa elektrik ini.”

New-iPhone-Battery

Sel kuasa solar tersebut diletakkan di bawah bezel dan boleh menjadi penyelesaian yang elegan untuk Iphone yang pada masa sekarang hanya bertahan selama 1 hari.

Walaubagaimana pun, patenkan teknologi yang sedang dicipta adalah kebiasaan bagi Apple tetapi kebanyakkannya tidak pernah dipasarkan.

You may also like...