Ipad Pro diperkenal bersama Smart Keyboard dan “yuck” Apple Pencil

ipadpro4

Selain daripada Iphone 6S dan 6S Plus, Apple turut melancarkan Ipad terkini yang dipanggil Ipad Pro. Ipad Pro mempunyai paparan retina 12.9 inci, iaitu jauh lebih besar daripada Ipad sebelumnya hanya ber saiz 9.7-inci. Paparan retina yang sangat menarik ini memiliki lebih pixel daripada Macbook Pro retina iaitu sehingga 5.9 juta pixel.

Ia nya agak tebal sedikit daripada Ipad Air 2 iaitu 6.9mm berbanding 6.1mm.

Ipad Pro ini menggunakan pemproses A9x baru, yang mempunyai kepantasan 1.8 kali lebih daripada A8X. Menurut Apple lagi, ianya juga 80 peratus lebih pantas daripada PC mudah alih yang berada dipasaran sekarang.

Rekabentuk baru Ipad Pro ini turut memiliki empat pembesar suara. Audio daripada pembesar suara secara automatik berubah bergantung kepada bagaimana anda memegang peranti.

ipadpro3

Sementara itu, dari segi aksesori, Apple buat pertama kali memperkenalkan 2 aksesori baru untuk Ipad Pro iaitu Smart Keyboard dan Apple Pencil. Ya betul..pensel !! Atau sebenarnya adalah stylus. Tidak pernah terfikir yang Apple akan memperkenalkan stylus dalam produk nya setelah pengasas Apple sendiri iaitu Steve Jobs pernah menyifatkan stylus sebagai “yuck!” atau menjengkelkan ketika pelancaran pertama Iphone.

ipadpro2ipadpro1

Sungguhpun begitu, hakikat sebenarnya stylus itu sendiri pada awalnya adalah diperkenalkan oleh Apple sendiri untuk Apple Newton sekitar tahun 1990 sebelum digunakan dengan meluas oleh produk Palm yang lain.

newton-01-100594020-large

Apple Pencil ini memiliki rekabentuk aluminium yang kemas dan menarik. Ditambah pula dengan teknologi 3D Touch yang turut ditambah pada Ipad Pro ini, pengguna dapat merasai pengalaman seperti menggunakan pensel yang sebenar. Kekuatan garisan yang halus atau tebal pada skrin adalah berubah-ubah mengikut tekanan yang kita berikan ketika menulis atau melukis menggunakan Apple Pencil. Hebat bukan?

Apa yang lebih menarik dengan Ipad Pro adalah kemampuan pengasingan skrin. Saiz skrin yang besar pada Ipad Pro membolehkan kita merasai seolah-olah meletakkan 2 buah Ipad mini sebelah menyebelah. Apabila digunakan bersama aplikasi Office dan Apple Pencil, kita dengan mudah dapat copy dan paste antara dua dokumen disamping highlightkan isi-isi penting dalam setiap dokumen.

Ipad Pro ini akan masuki pasaran pada bulan November nanti.

Perbandingan diantara model-model Ipad dari dulu hingga kini;

ipad-compare

You may also like...