Huawei Mate S boleh timbang berat buah dengan teknologi Force Touch

huawei_mate_s_iphone_6s_force_touch

Pada ketika dunia menunggu Apple memperkenal teknologi Force Touch untuk telefon pintar Iphone 6S nya pada minggu hadapan, tiba-tiba Huawei mengejutkan ramai pihak apabila terlebih dahulu melancarkan teknologi yang sama di pasaran dengan Huawei Mate S di IFA Berlin.

Ketika pelancaran Huawei Mate S, Huawei telah mempamerkan kehebatan teknologi Force Touch tersebut dengan demonstrasi menimbang buah oren dengan meletakkannya diatas skrin telefonnya. Menurut Huawei, ia boleh digunakan untuk mengukur berat objek di antara 100g dan 400g. Dengan meletakkan oren pada skrin, Mate S dapat mengukur beratnya iaitu 280g.

Teknologi Force Touch ini sebenarnya pertama kali digunakan pada Apple Watch dan kemudiannya pada Touch pad MacBook dan MacBook Pro.
Dijangkakan teknologi ini akan turut digunakan pada Iphone 6s yang bakal dilancarkan minggu depan.

Huawei-Mate-S_Colo_3427208b

Sementara itu, Huawei Mate S ini mempunyai skrin 5.5 inci dan tebal 7.2mm, dengan saiz bezel yang hanya 2.65mm. Ia menggunakan Android Lollipop dan, seperti Honor 7, dilengkapi dengan teknologi Fingerprint 2.0 yang didakwa lebih pantas hampir 100 peratus.

Huawei Mate S ini dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapixel dengan penstabil imej optik dan dua LED flash, dan kamera depan 8 megapixel dengan cahaya lembut depan untuk meningkatkan kualiti gambar selfie. Ia juga mempunyai tiga mikrofon dan bateri 3000mAh.

Huawei-Mate-S_Knuc_3427209b

Interaksi unik juga diperkenalkan untuk mengaktifkan kamera, iaitu dengan melukis “C” dengan menggunakan buku jari. Manakala klik 2 kali dengan buku jari pula akan merekodkan skrin dalam bentuk video.

Nampaknya Huawei sudah mula mengikut jejak langkah dan strategi Samsung yang sentiasa memasukkan segala jenis teknologi baru dalam telefon pintar terbaru terutama apa yang dijangkakan akan terdapat pada Iphone.

You may also like...