Google kini dibawah Alphabet Inc. Kenapa?

Google alphabet

Google mengejutkan dunia teknologi dan perniagaan apabila Larry Page dan Sergey Brin telah mengumumkan penyusunan semula Google yang akan diletakkan dibawah syarikat induk baru yang dikenali sebagai Alphabet Inc.

Apakah Alphabet?

Alphabet adalah baru syarikat induk baru yang akan mewakili semua kepentingan yang sebelum ini berada dibawah Google. Ini bermakna, terdapat banyak syarikat dibawah Alphabet dan yang terbesar sudah tentulah – Google.
Alphabet Inc ini akan beroperasi di bawah pengawasan Ketua Pegawai Eksekutif Larry Page dan pengasas Google bersama – Sergey Brin, pula akan bertindak sebagai Presiden. Eric Schmidt akan mengulangi peranannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.

Setiap satu daripada syarikat-syarikat di bawah payung Alphabet akan mempunyai CEO masing-masing yang akan bergerak secara sendirian. Untuk itu, turut diumumkan juga CEO Google yang baru iaitu , Sundar Pichai. Dia sebelum ini adalah ketua produk untuk Android and Chrome.
Sementara itu, YouTube akan kekal sebagai sebahagian daripada Google, tetapi akan terus diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif – Susan Wojcicki, supaya ia dapat bergerak sendiri secara bebas.

Google-Alphabet

Mengapa penjenamaan dan penyusunan semula Google diperlukan?

Agak pelik kerana selama 17 tahun, Google telah berjaya menjadi salah satu jenama yang sangat dikenali diseluruh dunia. Tiba-tiba formula kejayaan ini dihentikan dan diganti dan diolah.

Menurut Larry Page, penyusunan semula ini penting untuk meningkatkan skil pengurusan dan memberikan kebebasan untuk setiap idea berkembang sendiri dalam membangunkan jenama sendiri.

Kenapa memilih nama Alphabet?

Menurut Larry Page, mereka memilih Alphabet kerana ia bermaksud koleksi huruf-huruf yang membentuk bahasa. Ia merupakan satu inovasi manusia yang paling penting dan juga
merupakan teras bagaimana indeks carian Google dilakukan!

Selain itu – “Alpha-Bet” juga membawa makna
“Alpha ” – Pulangan pelaburan di atas tanda aras
“Bet” – Pertaruhan untuk mencapai “Alpha”

You may also like...