Gelas smartphone pecah boleh baiki sendiri

cracked-screen_1024

Bahan yang diperbuat daripada campuran pelbagai bahan kimia berasaskan karbon, ejen penyembuhan baru ini menghasilkan helaian berjuta-juta sfera mikroskopik. Apabila ia retak atau pecah berlaku pada mikrosfera ini, cecair akan dikeluarkan dan bergerak mengisi ruang retakan. Tindak balas kimia kemudiannya akan menyebabkan pempolimeran – atau pengerasan – cecair tersebut. Akhirnya ia akan melekatkan antara tepi retak dengan pengisi yang hampir tidak kelihatan.

Teknologi ini telah dibangunkan oleh pasukan dari Universiti of Bristol, England dan diketuai oleh ahli kimia Duncan Wass, dan telah dibentangkan di mesyuarat Royal Society di London bulan lalu.

Menurut laporan, mereka mendakwa mampu memulih kembali kekuatan mekanikal sehingga 100% dalam beberapa kes.

Sementara itu, Leo King melaporkan untuk Forbes bahawa penyelidik di L’Oreal juga sudah berunding dengan pasukan tersebut untuk membangunkan beberapa jenis penyembuhan sendiri varnis kuku. Selain itu, dimasa hadapan, mungkin cat kereta dan cermin kereta juga akan boleh membaiki diri selepas terkena kerikil ketika bergerak.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *