Facebook sedia uji pesawat drone yang mampu pancar internet ke seluruh dunia

aquila_line-jpeg

Facebook mula memperkatakan akan membina drone yang boleh memancarkan internet sejak tahun lepas. Dan kini, ia sebenarnya telah pun dalam proses pembinaan dan diberi nama Aquila – iaitu sempena nama burung helang mitos yang membawa lightning bolt untuk Zeus.

Aquila (UAV) diperbuat dari gentian karbon yang disi dengan busa didalamnya merupakan pesawat drone tanpa pemandu dengan panjang 140 kaki, sayap sepanjang kapal terbang Boeing 737 dan berat 880 pound. Ia dikatakan akan terbang pada ketinggian 60,000 hingga 90,000 kaki dengan menggunakan tenaga solar dan mampu kekal terbang diudara selama 90 hari untuk memancarkan internet ke kawasan-kawasan pendalaman diseluruh dunia pada kelajuan sehingga 10Gbps.

aquila-inline-i-connectivity-ranges001

Setiap pesawat drone mempunyai kawasan liputan dalam lingkungan 50 batu radius dan beberapa pesawat drone ini akan bersambung diantara satu sama lain menggunakan sistem laser yang diberi nama free-space optics.

Pesawat drone solar ini dikatakan akan mula diuji dalam beberapa bulan lagi. Ia akan diangkat sehingga ketinggian 70,000 kaki menggunakan belon sebelum dilepaskan untuk penerbangan biasa. Pada waktu siang, bateri akan dicas dan ia akan terbang pada ketinggian 90,000 kaki. Di waktu malam, drone ini akan turun ketinggian 60,000 kaki untuk menjimatkan bateri.

Apa yang juga menarik ialah bagaimana Pentadbiran Penerbangan Persekutuan merancang untuk mengawal lalu lintas untuk drone seperti ini.

You may also like...