Evil Geniuses dari USA memenangi The International Dota 2 Championship 2015

evil geniuses

Setelah mengharungi pertarungan hebat di KeyArena Seattle, pasukan eSports bukan pilihan dari Amerika Syarikat “Evil Geniuses” telah mengalahkan pasukan “CDEC Gaming” dari China untuk menjadi juara International Dota 2 Championships.

Evil Geniuses membawa pulang kira-kira RM25 juta daripada jumlah terkumpul keseluruhan hampir RM70 juta. Pertarungan dengan CDEC Gaming tersebut berlanjutan hampir 5 jam dan ia merupakan perlawanan Grand Finale paling sengit dalam sejarah pertandingan.

Pertandingan ini merupakan kejohanan tahunan untuk permainan esports “DOTA 2” yang dianjurkan oleh penciptanya iaitu Valve Software. Setiap tahun, pertandingan International ini mendapat sambutan yang sangat hebat dan perlu diadakan di arena yang besar. Ia bermula pada tahun 2011 dengan pelancaran “DOTA 2,” dan telah mengambil tempat di Cologne, Jerman semasa persidangan tahunan Gamescom.

Pertandingan International Dota 2 Championships pada tahun 2015 ini merupakan kejohanan untuk tahun kelima dan merupakan pertandingan eSports yang terbesar dan menawarkan hadiah paling lumayan.

Jumlah terkumpul keseluruhan adalah $ 18,416,970 (~RM70 juta), yang mana sebahagian besarnya disumbang oleh peminat-peminat. Valve Software pula menyumbangkan sebanyak $1.6 juta dan selebihnya adalah daripada jualan “Compendium” iaitu permainan interaktif komuniti.

Peningkatan hadiah terkumpul dari masa ke semasa;

dota2-chart

Selain dari juara, pemenang tempat kedua, ketiga dan seterusnya juga turut mendapat hadiah yang lumayan.

dota2-price

Sepanjang 5 tahun sejarah pertandingan ini, pasukan dari Amerika Syarikat belum pernah memenanginya dan Evil Geniuses merupakan pasukan pertama yang berjaya melakukannya.
Kedua-dua pasukan yang mara ke Grand Finale mempunyai kisah yang menarik. Walaupun Evil Geniuses sememang sebuah pasukan yang dikenali tetapi terdapat pelbagai dugaan dihadapi mereka. Antaranya, mereka kehilangan 2 orang ahli berbakat kepada “Team Secret” semasa “Great Western Shuffle” pada tahun lepas sebelum menemui permata hebat yang baru berusia 16 tahun iaitu Suma1L yang berasal dari Pakistan dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk mencapai cita-cita dengan bermain DOTA secara professional dibawah tunjuk pemain veteran Fear.
Para pemain Evil Geniuses adalah Suma1L, UNiVeRsE, Fear dan Aui_2000.

Manakala CDEC Gaming pula hadir dengan tiket Wild Card, sebelum mengalahkan semua lawan mereka termasuk Evil Geniuses untuk mara ke akhir. Mereka juga datang ke Seattle sebagai pasukan ranking ke-4 China tapi akhirnya pulang sebagai antara terbaik di dunia.

Selepas ini, pada bulan Ogos, peminat eSport akan sekali lagi berkumpul untuk satu lagi pertandingan permainan yang hebat iaitu “League of Legends” di Madison Square Garden di New York City. Kedua-dua “DOTA 2” dan “League of Legends” ini dimainkan oleh berpuluh-puluh juta, dan kedua-duanya mewakili “Massive Battle Arena Online” genre (MOBAs) – dan terdapat banyak crossover antara kedua-dua permainan.

You may also like...