Disneyland Shanghai dibuka 2016 – Taman tema Disney dengan istana yang terbesar

disney-shanghai1

Pembinaan Shanghai Disneyland Park sudah bermula sejak April 2011 dan bakal dibuka sekitar musim bunga 2016. Taman Tema Disneyland Shanghai ini terletak di Pudong, Shanghai iaitu tidak jauh dari Lapangan terbang Antarabangsa Pudong.

Baru-baru ini Disney telah memaklumkan beberapa butiran baru mengenai taman tema Disney yang ke-3 di Asia ini. Ia termasuk istana terbesar pernah dibina dalam taman Disney dan istana tersebut akan menempatkan semua watak puteri Disney.

disney

Shanghai Disneyland akan menampilkan enam taman bertema iaitu Adventure Isle, Gardens of Imagination, Mickey Avenue, Tomorrowland, Treasure Cove dan Fantasyland.

Berikut adalah enam tarikan unik Disneyland Shanghai pada 2016:

1. Istana Disney yang Terbesar

Istana Enchanted Storybook Castle Shanghai bakal menjadi istana tertinggi, terbesar dan paling interaktif diantara mana-mana taman tema Disney sebelum ini. Ia juga merupakan istana yang pertama di sebuah taman tema Disney yang mewakili semua puteri Disney.

The Enchanted Storybook Castle akan ditempatkan di Fantasyland. Apabila malam tiba, ia akan menjadi latar bagi paparan bunga api yang terkenal.

Enchanted Storybook Castle - Shanghai Disneyland - Final Model V

2. Tema Lanun yang pertama

Treasure Cove adalah merupakan, taman bertema lanun yang pertama di Disney. Ia akan menggunakan teknologi inovatif terkini untuk persembahan Pirates of the Carribbean – Battle for the Sunken Treasure yang turut mempunyai pertunjukan aksi menakjubkan yang menampilkan Captain Jack Sparrow.

3. Pengembaraan ke Crystal Grotto

Ia digambarkan sebagai “satu lawatan baru mempesonakan yang meraikan cerita klasik dari Disney … dengan perjalanan perairan Fantasyland, pergi di bawah Enchanted Castle Story Book untuk acara kemuncak yang tidak pernah dilihat di dalam istana sebelum ini.”

4. TRON Lightcycle Power Run

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh peminat TRON! Yeahhh..
Perjalanan baru ini menjanjikan tarikan yang paling mendebarkan di sebuah taman Disney – dengan berpusing dan beralih trek pada kelajuan tinggi sambil menikmati pemandangan Shanghai Disneyland.

5. Laluan perarakan Disney Park paling panjang

Tetamu akan menikmati “Storybook Express Mickey,” iaitu perarakan di laluan perarakan yang paling panjang di taman Disney.

6. Tomorrowland

Tomorrowland akan mempunyai dua pengalaman menarik dicipta terutama untuk Shanghai Disneyland iaitu Star Wars Launch Bay dan Marvel Universe.

Di dalam Star Wars Galaxy, tetamu akan bertemu dengan wira dan penjahat dalam Star Wars sambil melihat set galaksi yang ikonik ,prop dan memorabilia dari episod Star Wars terbaru.

Disney_Shanghai

disney-shanghai

Taman tema Disney ini akan menampilkan dua hotel baru – Shanghai Disneyland Hotel & Resort dengan 420 Bilik dan juga “play-hotel “, Toy Story Hotel dengan 800 bilik.

2016 nanti nampaknya berpusu-pusu lah orang Malaysia pergi ke Shanghai pula. Bila promosi Air Asia ke Shanghai lagi?? Kena book awal-awal.

Ni map Disney Shanghai.

disny-shanghai-dl-map

You may also like...